Bagi bisnes jenis perkhidmatan atau pembuatan (manufacturing), pembelian bahan mentah adalah kos yang berkaitan dengan proses penghasilan produk akhir atau servis. Semua pembelian ini perlu direkodkan dalam lejar di bawah Cost of Goods Sold (COGS).https://youtu.be/DEEGpH5bQ7w?si=pQR-ufW3PBFJJCkb

Apa Itu COGS?

Cost of Goods Sold (COGS) merujuk kepada kos jualan, iaitu perbelanjaan langsung atau tidak langsung yang terlibat dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan. Contohnya:

– Kos bahan mentah.
– Kos tenaga kerja pembuatan.
Cara Rekod Pembelian Bahan Mentah

Cara 1: Jika Tidak Berhutang dengan Supplier (Bayaran Penuh)

1. Pergi ke Menu > Belian.
2. Klik New Expense.
3. Masukkan maklumat berikut:

Tarikh: Tetapkan tarikh pembayaran dibuat.
Butiran: Nyatakan butiran pembelian, seperti bahan mentah.
Jumlah: Masukkan jumlah pembayaran.
Sumber: Pilih sumber pembayaran seperti Bank atau Tunai.
Lejar: Pilih Cost of Goods Sold (COGS).
Nama Pembayar: (Opsional).
Rujukan: Masukkan nombor resit atau invois (jika ada).
Lampiran: Muat naik resit pembelian.

4. Klik butang Simpan untuk menyimpan transaksi.

Cara 2: Belian Bahan secara Hutang dengan Supplier

1. Pergi ke Menu > Belian.
2. Klik pada Invois Belian.
3. Klik butang ➕ Baru untuk menambah rekod baru.
4. Pilih pembekal (supplier): Klik kotak Add Supplier dan cari nama pembekal.
5. Pilih lejar yang sesuai: Pilih Stock Purchased / Inventory (Curasset) untuk belian stok.
6. Masukkan maklumat berikut:
Tarikh: Masukkan tarikh invois pembekal, termasuk backdated jika diperlukan.
Tamat (Due Date): Masukkan tempoh bayaran balik (jika ada).
Rujukan: Isikan nombor invois daripada pembekal.
7. Tambah produk: Klik pada Tambah Produk untuk memilih atau menambah bahan mentah yang dibeli.
8. Masukkan Remark (Opsional).
9. Klik butang Simpan untuk menyimpan rekod.

Nota:

– Rekodkan semua transaksi dengan teliti untuk memastikan laporan akaun anda tepat.

– COGS akan dikira secara automatik dalam laporan kewangan anda berdasarkan rekod pembelian dan jualan.

Baca juga:

Cara Rekod Bayaran untuk Beberapa Invois Belian (Multiple Payment)
Cara Rekod Pembelian Stok dengan Sistem Niagawan
Tutorial sistem perakaunan untuk pengurusan invois belian