Untuk menambahkan produk atau servis yang ditawarkan ke dalam sistem Niagawan,  anda boleh ikuti langkah-langkah seperti dibawah.

1. Menu Produk

2. Klik Produk dan +Baru

3. Isi Butiran – nama produk / nama servis

4. Isi Harga Jual (jika harga tetap, masukkan harga), kalau tidak tetap (0.00)

5. Promo (jika ada)

6. Cost – hanya isi untuk yang jual produk sahaja

7. Kategori – Jika ada buat kategori pada setting (asingkan kumpulan/ group)

8. Kod Produk – berkait dengan kategori

9. Stok pembukaan (Opening stok) – kuantiti stok

10. Lampiran – boleh upload gambar produk/ servis

11. Klik Simpan