Perbezaan utama antara kedua-duanya:

1. Proprietor Salary & Allowance (Gaji & Elaun Pemilik):
Digunakan untuk merekod gaji atau elaun yang diterima oleh pemilik syarikat (Sdn. Bhd) atau director.

2. Salary, Allowance & Wage (Gaji, Elaun & Upah):
– Digunakan untuk merekod gaji atau elaun yang dibayar kepada pekerja/staf syarikat.
– Biasanya diletakkan di bawah kategori perbelanjaan operasi.

Cara Rekod Pembayaran Gaji

1. Jika untuk Proprietor Salary atau Gaji Pemilik (Sdn. Bhd):

Rekod melalui New Expense atau Cash Book (Kredit – Duit Keluar).

Langkah-langkah di Menu Belian:
1. Pergi ke Menu Belian.
2. Klik Perbelanjaan Baru (New Expense).
3. Masukkan maklumat berikut:
– Tarikh
– Butiran
Lejar: Pilih “Proprietor Salary & Allowance.”
4. Klik Simpan.

2. Jika Owner Enterprise Ambil Gaji:

Rekod di bawah Pengeluaran/Dividen – Equity melalui Buku Tunai (Cash Book).

Langkah-langkah di Menu Perakaunan:
1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Buku Tunai (Cash Book).
3. Klik + Baru (Kredit – Duit Keluar).
4. Masukkan maklumat berikut:
Tarikh: Tarikh duit keluar dari akaun syarikat.
Butiran Contoh: “Bayar Gaji Owner.”
Lejar: Pilih Pengeluaran/Dividen – Equity atau Withdrawal/Dividend – Equity.
4. Klik Simpan.