Apa Beza Belian Stok dan Bahan Mentah?

Lejar Belian Stok (Inventori) dan Bahan Mentah (COGS) digunakan untuk merekod kos pembelian produk dan bahan yang akan ditolak pada bahagian Profit & Loss. Namun, penggunaannya berbeza bergantung pada jenis perniagaan: trading atau manufacturing (pembuatan).

1. Belian Stok / Inventori (Stock Purchase / Inventory)

Sesuai Untuk: Perniagaan trading yang menjual produk secara langsung daripada pembekal.

Kelebihan:
– Memudahkan pengurusan inventori.
– Produk dijual akan direkod secara automatik pada bahagian inventori.

Cara Rekod:
– Guna Fungsi: Invois Belian (Purchase Invoice).
– Ledger Pilihan: Stock Purchase / Inventory.

Kesan: Kemas kini kuantiti produk dalam inventori.

Rujukan Tambahan:
Cara Rekod Pembelian Stok

2. Belian Bahan Mentah (Material Purchase / COGS)

Sesuai Untuk: Perniagaan pembuatan (manufacturing) atau servis.

Kelebihan:
– Rekod kos bahan mentah atau bahan perkhidmatan (kos langsung).
– Tidak melibatkan pengurusan inventori.

Cara Rekod:
– Guna Fungsi: Perbelanjaan Baru (New Expenses) atau Invois Belian.

– Ledger Pilihan: Material Purchase (COGS).

Kesan: Kos bahan mentah akan dikira dalam Cost of Goods Sold (COGS) pada Profit & Loss.

Rujukan Tambahan:
Cara Rekod Belian Bahan Mentah dengan Supplier

Perbezaan Utama: Belian Stok vs. Bahan Mentah

Kategori Belian Stok (Inventory) Bahan Mentah (COGS)

Jenis Perniagaan

Trading

Manufacturing / Servis

Kegunaan Ledger

Rekod produk untuk jualan langsung

Rekod kos bahan mentah

Kesan Pada Inventori

Update kuantiti inventori

Tidak melibatkan inventori

Fungsi Yang Digunakan

Purchase Invoice

New Expenses atau Purchase Invoice

FAQ: Soalan Lazim Tentang Belian Stok dan Bahan Mentah

Q1: Bilakah saya perlu guna ledger Belian Stok?
A1: Jika anda menjalankan perniagaan trading dan ingin mengurus inventori produk.

Q2: Bagaimana saya rekod bahan mentah dalam sistem?
A2: Pilih ledger Material Purchase (COGS) sama ada melalui fungsi New Expenses atau Purchase Invoice.

Q3: Apakah kelebihan guna Invois Belian untuk stok?
A3: Sistem akan secara automatik mengemas kini jumlah kuantiti produk dalam inventori.