Advance salary adalah pendahuluan gaji yang diberikan kepada pekerja, di mana jumlah tersebut akan ditolak daripada gaji yang sepatutnya diterima pada bulan berikutnya.
Contoh Situasi:
Gaji bulanan Aiman ialah RM 2,000. Pada bulan ini, Aiman meminjam gajinya sebanyak RM 200. Maka, gaji bersih yang akan dibayar kepada Aiman adalah RM 1,800 setelah ditolak jumlah pendahuluan tersebut.
Bagi merekodkan transaksi seperti di atas, terdapat empat langkah penting yang perlu diikuti.
1. Pergi ke pautan berikut untuk mencipta lejar baru:
Tambah Lejar Baru - Customize Ledger
2. Buat lejar dengan nama Advance Salary dan kategorikan sebagai Aset Semasa (Current Asset).
1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Buku Tunai.
3. Klik +Baru pada bahagian Kredit - Duit Keluar.
4. Pilih Tarikh bayaran advance salary.
5. Masukkan Butiran, seperti penerima atau tujuan transaksi.
6. Pilih lejar Advance Salary (Current Asset) sebagai kategori transaksi.
7. Klik Simpan.
1. Pergi ke Menu Perakaunan > Buku Tunai atau Belian > Perbelanjaan Baru.
2. Pilih kategori >Gaji, Elaun dan Upah (Expense) sebagai lejar.
3. Rekodkan bayaran gaji dengan jumlah bersih (gaji penuh - advance salary).
4. Klik
1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Entri Lejar.
3. Klik +Baru untuk membuat entri baru.
4. Masukkan Tarikh yang sama dengan tarikh bayaran advance salary.
5. Masukkan Butiran untuk menjelaskan pelarasan, contohnya, "Tolak Advance Salary."
6. Pilih lejar seperti berikut:
- Debit: Gaji, Elaun dan Upah (Expense)
- Credit: Advance Salary (Current Asset)
7. Klik Simpan.