Buat e-Invois Ni Susah Ke?

Senang Saja Dengan Niagawan

Dah Tak Perlu Susah-Susah Hadir Seminar Atau Kelas —Dengan Niagawan, Urusan e-Invois Anda Jadi Mudah Dengan Hanya Beberapa Klik Sahaja!
E-invois diluluskan oleh LHDN dengan mudah menggunakan Niagawan
Masih Tak Faham Tentang e-Invois?
Tanya Team Kami Sekarang!
Sistem Yang Memudahkan Pengurusan e-Invois untuk Bisnes Anda
Proses manual menghantar e-invois ke portal MyInvois yang menyusahkan pengguna
Play Video about Proses manual menghantar e-invois ke portal MyInvois yang menyusahkan pengguna
Dah Tak Perlu Lagi Submit ke Portal MyInvois Sendiri!

Kalau isi manual, mesti pening dengan cara nak isi, banyak info yang perlu dimasukkan, dan memakan masa, kan?

Sistem NiagaPlus dah disambungkan dengan E-invois API dari LHDN dan siap untuk E-invois.
Automatikkan penghantaran e-invois dengan hanya beberapa klik dengan Niagawan
Anda dah tak perlu lagi log masuk ke portal MyInvois untuk menghantar invois.
Tak Perlu Lagi Kejar Maklumat Pelanggan

Tak cukup masa untuk layan setiap pelanggan yang perlukan e-invois lengkap? Hanya print invois atau resit kepada pelanggan, biarkan pelanggan imbas kod QR dan isi sendiri maklumat mereka.

Proses Menjadi Lebih Mudah dan Cepat

Print invois dan resit kepada pelanggan anda, biarkan mereka imbas kod QR dan mengisi maklumat perniagaan mereka sendiri tanpa berinteraksi langsung dengan anda

Kurangkan Beban Kerja Anda

Tidak perlu lagi luangkan masa dan tenaga untuk mengumpulkan maklumat daripada setiap pelanggan.

Niagawan menyediakan e-receipt dengan pautan untuk pelanggan mengisi maklumat invois dengan mudah
Niagawan membolehkan penggabungan invois bulanan dengan cepat dan mudah
Play Video about Niagawan membolehkan penggabungan invois bulanan dengan cepat dan mudah
Consolidate Semua Invois Bulanan Dalam Sekelip Mata!

Bayangkan kalau anda perlu gabungkan sebulan penuh semua invois? Memang memeningkan kepala! Dengan Niagawan, proses ini menjadi sangat mudah!

Gabungan Satu Klik

Hanya dengan satu klik, anda boleh consolidate semua invois bulanan anda menjadi satu e-invois yang tersusun, tanpa perlu menghabiskan masa berjam-jam.

Hilangnya Kekusutan

Tak perlu lagi mengatur atau menyemak invois satu persatu—semuanya diuruskan dengan mudah melalui ciri consolidate kami.

Solusi untuk Pembekal Tanpa Invois Rasmi

Bukan semua pembekal boleh atau wajib keluarkan e-Invois — contohnya seperti individu yang tidak berdaftar, penjual luar negara, atau vendor kecil tanpa sistem.

Penjual Tiada TIN? Guna Self-Billed

Jika pembekal tiada TIN, tidak berdaftar dengan LHDN, atau berasal dari luar negara — anda boleh pilih kategori Self-Billed dan terus hantar e-Invois dengan sah.

Pembekal Tempatan? Isikan MyKad, Siap!

Jika pembekal adalah individu tempatan (seperti ejen atau freelancer), cukup sekadar isikan nombor MyKad — sistem akan urus selebihnya.

Disimpan Dalam Laporan Khas Self-Billed

Semua invois jenis ini akan direkod dalam satu tempat — memudahkan anda menyemak, audit, atau hantar laporan jika diperlukan.

Play Video
Lihat Betapa Mudahnya Buat e-Invois dengan Niagawan
Tonton video demo kami dan lihat sendiri betapa mudah dan pantasnya urus e-invois!
Video panduan langkah demi langkah untuk setup Niagawan dengan mudah Panduan lengkap untuk setup e-invois di sistem NiagaPlus
Video panduan langkah demi langkah untuk setup e-invois di NiagaPos dengan mudah Panduan lengkap untuk setup e-invois di aplikasi NiagaApp
Langkah Mudah e-Invois dengan Sistem Niagawan
Tangkapan layar yang menunjukkan cara mengaktifkan ciri e-invois dalam sistem Niagawan
Isi Profil Syarikat yang Lengkap untuk MyInvois

Aktifkan fungsi e-invois dan lengkapkan profil syarikat anda dengan maklumat penting untuk memastikan anda siap untuk penghantaran e-invois.

Niagawan memastikan e-invois mematuhi standard MyInvois untuk ketepatan dan kebolehpercayaan
Penghantaran e-Invois Mengikut Standard MyInvois

Invois akan mematuhi semua peraturan kerajaan secara automatik, jadi anda tidak perlu risau tentang usaha tambahan.

Tangkapan layar yang menunjukkan penggabungan invois yang boleh dilakukan dalam sistem Niagawan
Hantar Invois Secara Consolidated

Satukan dan hantar pelbagai invois biasa sebagai consolidated e-invois setiap bulan dengan hanya satu klik, menjadikannya sangat mudah dan cepat.

Laporan e-invois yang menunjukkan status setiap invois dalam sistem Niagawan
Laporan e-Invois Terperinci

Dapatkan laporan terperinci tentang status e-invois anda dan gunakan butang untuk menggabungkan dan menghantar invois yang tidak disatukan dengan satu klik.

Niagawan x e-Invois LHDN
e-Invois Niagawan memastikan pematuhan sepenuhnya dengan keperluan e-invois Malaysia, termasuk piawaian yang ditetapkan oleh LHDN dan rangkaian PEPPOL.

Dengan Niagawan, anda dapat memastikan bahawa semua invois anda diproses dengan mematuhi peraturan yang ketat.
Ramai pelanggan Yang Telah Menggunakan Sistem Kami Sejak 2016 Dan Terus Setia Hingga Kini
“Mudah sebab semua report, cukai dan zakat dikira secara automatik”
Baharuddin
NuhayraPretty Leaf & Brew
“Auditor pun puji report dari Niagawan ni power, memang terbaik lah!”
Raihan Sabri
Firizq Engineering
“Dulu ramai customer complaint. Lepas guna Niagawan ramai yang puji”
Amir Rashid
Nais Computer Penang
Kami Sedia Menjawab Segala Persoalan Anda.
1. Mengapa semua invois dihantar secara automatik ke MyInvois (LHDN)?
Sistem Niagawan disambungkan terus ke sistem LHDN melalui API rasmi.

Setiap kali anda hasilkan invois, sistem kami akan urus penghantaran secara automatik — anda tak perlu login ke portal MyInvois secara manual.
2. Adakah e-Invois Niagawan mematuhi semua garis panduan LHDN?
Ya, sepenuhnya. Niagawan dibina untuk mematuhi struktur data, format XML dan keperluan teknikal seperti yang ditetapkan dalam spesifikasi rasmi e-Invois MyInvois.
3. Bagaimana cara untuk aktifkan fungsi e-Invois dalam Niagawan?
Anda hanya perlu aktifkan fungsi e-Invois dalam tetapan akaun dan lengkapkan maklumat syarikat. Setelah LHDN meluluskan pengesahan, fungsi ini akan diaktifkan secara automatik.
4. Apakah itu Self-Billed Invoice?
Self-Billed Invoice ialah invois yang anda hasilkan bagi pihak pembekal, terutamanya jika mereka tidak boleh atau tidak wajib keluarkan invois sendiri — contohnya pembekal luar negara, individu tanpa pendaftaran perniagaan, atau ejen komisen.
5. Bila saya perlu guna Self-Billed Invoice?

Anda boleh guna Self-Billed apabila pembekal tiada TIN, tidak berdaftar dengan LHDN, atau tidak menyediakan sistem invois. Ia membolehkan anda tetap hantar e-Invois yang sah dan lengkap kepada LHDN.

6. Adakah saya perlu isi maklumat penjual untuk Self-Billed?
Jika pembekal adalah individu tempatan seperti freelancer atau ejen, anda perlu isikan nombor MyKad.

Tapi jika pembekal adalah dari luar negara, anda boleh kosongkan maklumat penjual mengikut garis panduan yang ditetapkan.
7. Di mana saya boleh semak semula Self-Billed Invoice yang telah dihantar?
Semua Self-Billed Invoice akan direkod secara automatik dalam laporan khas dalam sistem Niagawan. Anda boleh rujuknya bila-bila masa untuk semakan atau keperluan audit.
8. Boleh ke saya hantar invois dalam bentuk gabungan (Consolidate)?

Ya, anda boleh gabungkan beberapa invois biasa menjadi satu e-invois gabungan dan hantar secara bulanan dengan hanya satu klik.

 

Ya. Niagawan membolehkan anda kumpulkan beberapa invois dan hantar sekaligus dalam bentuk e-Invois gabungan, mengikut panduan rasmi LHDN.

10. Berapa lama masa yang saya ada untuk menolak e-Invois?

Pembeli atau penerima invois ada tempoh 72 jam untuk menolak e-Invois selepas ia dihantar. Bagi pembetulan, tiada had masa ditetapkan selagi anda belum hantar invois pembetulan.

11. Jika berlaku ralat semasa hantar e-Invois, apa yang patut saya buat?

Sistem Niagawan akan paparkan mesej ralat dengan jelas. Anda boleh semak punca dan guna fungsi ‘Hantar Semula’ untuk perbaiki dan cuba lagi.

12. Bolehkah saya jejak status e-Invois selepas dihantar?

Ya, sistem kami sediakan laporan lengkap untuk anda pantau status setiap e-invois yang dihantar dan ambil tindakan yang diperlukan.