
Bisnes Anda Masih Kecil, Ada Jualan,
Mudah sahaja urus duit dengan aplikasi NiagaPos di handfon anda

- Rekod sale
- Cetak resit Dimana-mana
- Kira Untung Rugi
- Anggar cukai dan zakat bulanan
- Siap untuk e-Invoice nanti


POS yang biasa anda nampak, biasanya perlukan mesin yang besar, pakai elektrik, dan kena belanja berapa ribu untuk beli mesin, tablet, tak termasuk lagi nak langgan Aplikasi.
Untuk guna NiagaPos, anda hanya perlu ikuti 3 langkah mudah ini:
Aplikasi POS memang banyak untuk anda rekod sale dan cetak resit, tapi kami yakin jarang anda akan nampak yang boleh bagi anda rekod perbelanjaan dan belian.
Anda boleh juga ambil gambar resit belian untuk upload supaya tak risau lagi resit tersebut hilang atau pudar nanti.


Tidak perlu lagi bayar dan tunggu akauntan untuk buat. Selepas anda masukkan duit jualan dan perbelanjaan, bahagian laporan akan terus memaparkan anda berapa untung bulan tersebut.
Selain untung rugi, anggaran cukai yang dikenakan dan zakat pun akan dikira secara automatik dan dipaparkan kepada anda.
Dapatkan 100% Free Consultation
Berkaitan Niagawan Sekarang!
Rekod sahaja sale macam biasa. Jika pelanggan minta e-Invoice, anda hanya print invois atau resit kepada pelanggan, biarkan pelanggan imbas kod QR dan isi sendiri maklumat mereka.
Pelanggan akan isi maklumat mereka sendiri seperti Nama, Alamat, No Cukai untuk hantar ke sistem LHDN. Selepas diverifikasi, e-Invoice yang sah akan diterima oleh pelanggan.
Untuk semua jualan lain, dengan satu klik sahaja, anda boleh hantar sebagai consolidated invoice sebelum tarikh 7hb bulan berikutnya.









- 1 ID Pengguna Sistem Akaun Pos (Pemilik)
- Sistem POS
- Rekod Perbelanjaan
- Rekod Pembelian
- Lihat Aliran Tunai
- Laporan Untung Rugi
- Laporan Harian
*Harga tidak termasuk SST
Sesuaikan pelan anda dengan pilihan add-on fleksibel yang memenuhi keperluan perniagaan anda.
Tambah pengguna tambahan untuk memastikan setiap ahli pasukan boleh mengakses sistem dengan mudah dan efisien.
RM 100 / User / Tahun
Rekod jualan dan print resit kepada pelanggan hanya dengan smartphone, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja!
+ RM 100 / One Time
*Harga tidak termasuk SST

Gunakan Di Mana Sahaja

- Hasilkan e-invois terus dari sistem untuk mematuhi keperluan percukaian
- Pelanggan hanya perlu imbas kod QR dan isi sendiri maklumat mereka.
- Jejak e-invois dengan laporan lengkap dalam NiagaPlus
- Pantau status e-invois (dihantar, diterima, dibayar) dalam satu paparan intuitif

Dapatkan 100% Free Consultation
Berkaitan Niagawan Sekarang!
Ya, staf boleh menggunakan aplikasi NiagaPos ini. Namun, untuk membolehkan staf mengakses aplikasi, pemilik (owner) perlu menambah bilangan pengguna melalui pembelian add-on.
Ini kerana pakej asas hanya menyediakan akses untuk seorang pengguna sahaja secara default.
Untuk setiap gerai tambahan, Anda perlu membeli akaun baru NiagaPos.
Ini kerana setiap bisnes memerlukan pengasingan untuk laporan seperti P&L (Profit and Loss), cukai, zakat, dan e-filing yang sesuai dengan keperluan pengurusan bisnes yang terpisah secara administratif dan cukai.
Dengan memisahkan akaun untuk setiap gerai atau unit bisnes, NiagaPos memastikan bahawa Anda dapat menguruskan dan melaporkan kewangan secara terpisah.
Anda boleh mendapatkan penyata untung rugi dengan cara hanya pergi ke bahagian “Report” dalam aplikasi NiagaPos.
Dengan langkah ini, Anda dengan mudah dapat mengakses laporan untung rugi melalui aplikasi NiagaPos.
Tidak, NiagaPos tidak dapat digunakan untuk menguruskan inventori. NiagaPos direka untuk menguruskan transaksi kewangan dan melihat penyata untung rugi.
Jika anda memerlukan pengurusan inventori yang lebih lengkap dan tersusun, kami syorkan menggunakan NiagaPlus+NiagaPos. Anda boleh menguruskan produk dan stok di dalam NiagaPlus, dan auto sync ke NiagaPos.
Ya, kini NiagaPos sudah dihubungkan dengan sistem akaun NiagaPlus.
Integrasi ini membolehkan data jualan daripada NiagaPos diselaraskan terus ke dalam NiagaPlus untuk pengurusan kewangan yang lebih mudah, cepat dan efisien.
Ya, kami jamin setiap maklumat yang anda rekod di dalam aplikasi NiagaPos akan dibackup setiap hari. Ini bermakna tidak ada risiko kehilangan data walaupun jika fon anda hilang.
Dengan perlindungan backup harian ini, anda boleh yakin bahawa data transaksi anda selamat dan boleh diakses semula dengan mudah pada bila-bila masa.
NiagaPos tidak dapat digunakan secara langsung untuk menerima pembayaran melalui e-wallet atau kad kredit.
Walau bagaimanapun, anda boleh mencatat jenis pembayaran tersebut dalam aplikasi dengan cara memberikan catatan melalui menu pilihan jenis pembayaran yang digunakan.
Dengan cara ini, NiagaPos membolehkan anda untuk merekodkan maklumat pembayaran secara terperinci, walaupun transaksi sebenar tidak dilakukan secara langsung melalui aplikasi.