Cara Rekod Bayaran Ansuran Cukai LHDN dalam Sistem Niagawan

Panduan Cara Rekod Bayaran Ansuran LHDN dalam Sistem Niagawan

Bayaran cukai secara ansuran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu direkod dengan kemas untuk memastikan baki liabiliti cukai dapat dipantau dengan tepat. Berikut adalah langkah-langkah untuk merekod bayaran ansuran cukai dalam sistem Niagawan.

Langkah 1: Rekod Jumlah Cukai Kena Bayar

Tujuan: Memasukkan jumlah cukai yang dikenakan sebagai liabiliti dalam sistem.

1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Entri Lejar.
3. Pilih Tab Entri Pantas.
4. Pilih Jurnal Pembukaan.
5. Pilih Lejar:
- Cukai Kena Bayar (Liabiliti)
- Income Tax Payable (Liability).
6. Masukkan:
- Tarikh: Tarikh jurnal pembukaan.
- Amaun: Jumlah cukai yang dikenakan.
7. Klik Simpan.

Langkah 2: Rekod Bayaran Ansuran

Tujuan: Merekod setiap pembayaran ansuran yang dilakukan kepada LHDN.

1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Buku Tunai.
3. Klik + Baru pada Kredit - Duit Keluar.
4. Masukkan:
Tarikh Pembayaran: Tarikh pembayaran ansuran.
Amaun: Jumlah bayaran ansuran yang dibayar.
Lejar: Cukai Kena Bayar (Liabiliti).
5. Klik Simpan.

Langkah 3: Semak Baki Ansuran

Tujuan: Menyemak baki cukai yang masih perlu dibayar.

1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Entri Lejar.
3. Pilih Tab Liabiliti.
4. Klik > pada Lejar Cukai Kena Bayar (Liabiliti) untuk melihat butiran lejar.
5. Lihat pada bahagian Baki untuk mengetahui jumlah cukai yang masih belum dijelaskan.

Nota Penting

- Setiap kali pembayaran dibuat, baki dalam lejar Cukai Kena Bayar akan berkurang secara automatik.
- Pastikan semua tarikh dan amaun direkodkan dengan tepat bagi memudahkan rujukan di masa hadapan.

Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes