Pembelian Aset adalah transaksi pembelian aset tetap seperti perabot, kereta, bangunan, tanah, komputer, atau kelengkapan pejabat. Pembelian ini boleh berlaku secara tunai atau hutang (loan). Berikut adalah langkah-langkah untuk merekodkan transaksi ini mengikut situasi:
Contoh:
Puan Aina membeli meja, kerusi, dan almari untuk kegunaan syarikat sebanyak RM7,650 secara tunai.
Langkah Rekod
1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Buku Tunai.
3. Pilih +Baru di bahagian Kredit - Duit Keluar.
4. Masukkan maklumat berikut:
- Tarikh: Tarikh duit keluar untuk pembelian aset.
- Lejar: Pilih kategori Aset Tetap (Fixed Asset).
5. Klik Simpan.
Contoh:
Tuan Abu membeli meja, kerusi, dan almari untuk kegunaan syarikat sebanyak RM8,000 secara hutang, dengan deposit sebanyak RM1,500.
Langkah Rekod
Langkah 1: Tambah Lejar Baru untuk Loan
- Buat lejar baharu di bawah kategori Liabiliti untuk mencatat pinjaman aset, contohnya, Loan Perabot.
- Ikuti panduan di pautan berikut:
Tambah Lejar Baru - Customize Ledger.
Langkah 2: Rekod Pembelian Aset dan Hutang
1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Entri Lejar dan pilih +Baru.
3. Masukkan maklumat berikut:
- Tarikh: Tarikh mula rekod pembelian dalam sistem Niagawan.
- Butiran: Belian perabot.
- Debit: Pilih Aset Tetap (Fixed Asset) dengan jumlah penuh (contoh: RM8,000).
-Kredit: Pilih Loan Perabot (Liabiliti) dengan jumlah penuh (contoh: RM8,000).
4. Klik Simpan.
Langkah 3: Rekod Deposit dan Bayaran Bulanan
1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Buku Tunai dan pilih +Baru di bahagian Kredit - Duit Keluar.
3. Masukkan maklumat berikut:
i) Tarikh: Tarikh bayaran deposit atau bayaran bulanan dibuat.
ii)Butiran: Contohnya, Bayaran Perabot.
iii)Lejar: Pilih Loan Perabot (Liabiliti).
4. Klik Simpan.
- Untuk memastikan rekod kewangan teratur, setiap aset tetap yang dibeli harus dihubungkan kepada lejar yang relevan.
- Pantau baki pinjaman melalui laporan Liabiliti untuk memastikan pembayaran dilakukan mengikut jadual.