Panduan Rekod Staf Beli Barang dan Tolak Gaji dalam Sistem Niagawan

Staf Beli Barang dan Tolak Gaji: Panduan Rekod dalam Sistem Niagawan

Jika staf syarikat membeli barang atau stok dan bayaran ditolak dari gaji bulanan mereka, transaksi ini perlu direkodkan dengan betul dalam sistem. Panduan berikut akan membantu anda merekod transaksi ini dengan tepat.

Langkah 1: Tambah Lejar Baru untuk Staff Purchase

1. Buka Custom Ledger
- Tambahkan lejar baru dengan nama Staff Purchase/Belian Staf.
- Tetapkan jenis lejar sebagai Current Asset.
- Rujuk pautan berikut untuk cara tambah lejar: Cara tambah lejar baru

Langkah 2: Rekod Pembelian Barang oleh Staf

Memandangkan tiada wang masuk ke syarikat, pembelian ini direkodkan di Entri Lejar.

1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Entri Lejar.
3. Klik +Baru.
4. Isi maklumat berikut:

- Tarikh: Tarikh barang dibeli oleh staf.
- Amount: Jumlah nilai barang yang dibeli.
- Lejar:
Debit: Staff Purchase (Current Asset).
Credit: Sale (Income).

5. Klik Simpan.

Langkah 3: Rekod Bayaran Gaji

Bayaran gaji staf direkodkan melalui salah satu cara berikut:
1. Belian - Perbelanjaan Baru.
2. Perakaunan - Buku Tunai:
- Pilih Kredit - Duit Keluar.
- Pilih lejar: Gaji, Elaun dan Upah.

Langkah 4: Pelarasan Lejar (Adjustment Ledger)

Buat pelarasan lejar untuk mencatatkan pemotongan gaji.

1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Entri Lejar.
3. Klik +Baru.
4. Isi maklumat berikut:
- Tarikh: Tarikh pembelian barang oleh staf.
- Amount: Jumlah nilai barang yang dibeli.
- Lejar:
Debit: Gaji, Elaun, dan Upah (Expense).
Credit: Staff Purchase (Current Asset).
5. Klik Simpan.

Nota Penting

- Pastikan semua transaksi direkodkan pada tarikh yang tepat untuk menyokong audit dan laporan kewangan.
- Sentiasa semak lejar dan transaksi untuk mengelakkan sebarang kesilapan dalam rekod.

Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes