Cara Rekod Pesanan Pembelian (Purchase Order)
Berikut adalah panduan lengkap untuk merekodkan pesanan pembelian dan cara menukarnya kepada invois.
Cara Rekod Pesanan Pembelian (Purchase Order)
1. Pergi ke Menu Belian
Navigasi ke menu Belian dalam sistem.
2. Pilih Pesanan Pembelian
Klik pada pilihan Pesanan Pembelian (Purchase Order).
3. Tambah Rekod Baru
Tekan butang ➕ Baru untuk mula merekod pesanan baru.
4. Masukkan Nama Pembekal
Klik kotak Add Supplier dan cari nama pembekal dalam senarai.
5. Setkan Tarikh
Pilih tarikh pesanan pembelian.
6. Masukkan Tempat Penghantaran (Opsional)
Jika perlu, nyatakan alamat penghantaran..
7. Tambah Produk
Tekan butang Tambah Produk dan pilih barang yang ingin direstok.
8. Tambah Remark (Opsional)
Jika ada maklumat tambahan, masukkan ke dalam bahagian Remark.
9. Simpan Rekod
Akhir sekali, klik butang Simpan untuk menyimpan pesanan pembelian.
Cara Tukar Pesanan Pembelian kepada Invois
1. Pilih Opsyen 'Tambah Sebagai Invois'
Pada pesanan pembelian, klik butang Tambah Sebagai Invois (Add as Invoice).
2. Ikuti Langkah Rekod Invois
Setelah pesanan ditukar, ikuti langkah-langkah standard untuk merekodkan invois di sini.