Mudahnya Urus E-Invois dengan Sistem Perakaunan Kami!
Mudahnya urus e-invois
Dalam dunia bisnes sekarang, teknologi memainkan peranan penting untuk pastikan segala urusan berjalan lancar. Salah satu perkara yang makin penting ialah e-invois, terutamanya kalau bisnes anda berurusan dengan kerajaan atau syarikat besar.

Tapi, macam mana nak urus e-invois tanpa pening kepala? Di sinilah sistem perakaunan kami diperkenalkan!
Apa Itu E-Invois dan Kenapa Anda Perlu Ambil Tahu?

E-invois ni sebenarnya invois yang dihantar secara elektronik – lebih cepat, lebih senang, dan paling penting, patuh pada undang-undang.

Tapi, ramai usahawan kecil dan sederhana rasa serabut bila dengar pasal e-invois ni. Jangan risau, sistem kami ada solusi yang mudah untuk anda.

Kalau nak lebih faham, anda boleh baca artikel sebelum ni tentang e-invois di sini.

Senang Gila Nak Guna E-Invois dalam Sistem Kami

Kami faham, tak semua orang ada latar belakang perakaunan. Sebab tu, kami pastikan fungsi e-invois dalam sistem kami mudah digunakan, walaupun anda tak biasa dengan terma-terma perakaunan.

Dengan beberapa klik je, invois anda boleh dihantar terus kepada pelanggan, dan semuanya direkodkan dengan teratur.

Lihat Sendiri – Siap E-Invois dalam 60 Saat!

Tak percaya yang urusan e-invois boleh siap dalam masa 60 saat? Jom tengok video demo di bawah. Kami tunjukkan betapa mudahnya untuk buat e-invois menggunakan sistem kami.

Dalam masa kurang dari satu minit, invois anda dah siap dihantar kepada pelanggan. Mudah, kan?

Dengan hanya beberapa klik, semua kerja rumit tu boleh diselesaikan dengan cepat dan tepat. Jangan tunggu lagi, cuba sistem kami dan rasai sendiri perbezaannya!

**Klik sini jika anda nak tonton video setup e-invoice secara step-by-step!

Jimat Masa dan Kos – Fokus pada Bisnes Anda!

Dengan e-invois automatik, anda tak perlu lagi buat kerja manual yang memakan masa. Semua proses invois boleh disiapkan dengan cepat, jadi anda ada lebih masa untuk fokus pada bisnes anda.

Lebih cepat urusan invois, lebih cepat anda dapat bayaran – siapa yang tak suka kan?

Akhir Kata – Permudahkan Urusan Bisnes Anda Hari Ini

Jadi, kalau anda nak permudahkan urusan invois dan pastikan bisnes anda sentiasa patuh undang-undang, sistem kami adalah pilihan yang tepat.

Mudah, cepat, dan tak pening kepala. Klik di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut dan mulakan hari ini!

Terima Kasih,
Team Niagawan

Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes