Perbezaan Rekod Perbelanjaan Menggunakan Buku Tunai dan Invois Belian

Play Video

Apakah perbezaan untuk rekod perbelanjaan menggunakan Buku Tunai dengan Invois Belian?

Scenarinya begini, kalau expenses tersebut telah terjadi, contohnya saya pergi beli meja dekat DSOP, actually perbelanjaan ini adalah belian fix asset , sekarang saya nak claim balik dalam bisnes.

Caranya ialah anda pergi ke Buku Tunai sebagai Duit Keluar (Debit).

Isi butiran yang diperlukan seperti :

  1. Bank/Tunai
  2. Tarikh
  3. Butiran
  4. Amaun
  5. Nama Pembayar

Dan klik Simpan.

Kemudian, pergi ke Buku Lejar. Setkan sebagai fix aseet di bahagian Furniture and Fittings.

Satu lagi cara anda boleh key in perbelanjaan anda adalah seperti bil baiki kereta.

Apa yang anda boleh buat adalah pergi ke Purchase Invoice, create Invois Belian Baru dan isi butir-butir sebagai Open Item dan klik Simpan.

Di bahagian tepi terdapat Buku Lejar, anda boleh pilih sebagai Expenses : Motor, Vehicles and Maintenance. Untuk bahagian Good Received , pilih Ya.

Dan klik Tambah Pembekal. Anda boleh masukkan pembekal yang sedia ada dan isi butiran-butiran yang diperlukan. Kemudian klik Simpan.

Situasi kedua ini agak berbeza dengan situasi tadi yang mana tadi kita key in sebagai expenses (Buku Tunai).

Jadi, dalam Balance Sheet anda, anda akan dapat tahu bahawa anda masih ada hutang lagi dengan orang (Liability).

Anda boleh lihat di bahagian Current Liabilities : Account Payable/Purchase Invoice yang anda maish berhutang RM5000. Bukan setakat stok sahaja tetapi bayaran untuk renovation yang belum bayar lagi juga anda boleh key in menggunakan Purchase Invoice.

Di bahagian Buku Tunai, anda akan nampak bahawa duit (cash) anda telah keluar dari bulan ke bulan.

Anda boleh gunakan Purchase Invoice untuk keep-track expenses anda yang masih belum dibuat bayaran.

Bagi bil-bil yang telah dibayar seperti claim pergi klinik dan yang dah bayar on the spot, anda tidak perlu menggunakan Purchase Invoice. Terus pakai Buku Tunai lebih senang.

Video Tutorial

Tak Pasti Sesuai Ke? Dapatkan Consultation Percuma​

Untuk kami memahami keperluan anda dan beri cadangan bagaimana Niagawan dapat manfaatkan bisnes anda.