Cara Rekod Perbelanjaan

Play Video

Bagaimana caranya anda boleh rekod perbelanjaan dalam Niagawan?

Sekarang anda boleh pergi ke Buku Tunai, di mana Debit adalah duit masuk dan Kredit adalah duit keluar. Apa-apa sahaja duit keluar dari bisnes anda seperti perbelanjaan boleh direkod dalam bahagian Kredit. Anda ada resit-resit seperti makan, klinik, anda boleh rekod sebagai perbelanjaan.

Contoh, belanja staf makan, anda ingin claim dari bisnes, anda boleh pilih sumber Maybank, masukkan tarikh hari yang anda claim, butir-butir seperti Belanja Staf Makan, masukkan amaun, nama anda sebagai nama penerima kerana anda yang claim perbelanjaan ini dan rujukan sebagai M2U. Selepas siap, klik Simpan.

Lain-lain perbelanjaan seperti buat bayaran gaji kepada staf atau staf anda yang claim bil perubatan klinik, anda boleh masukkan ikut cara yang sama, contoh butir-butir Medical Allowance, isi amaun, dan masukkan nama staf anda. Rujukan sebagai M2U.

Jika anda ingin staf anda untuk terus sign baucer bayaran, anda boleh terus klik Simpan & Cetak. Sistem akan terus popup untuk anda print Payment Voucher dengan nama staf anda sekali. Kemudian beri kepada staf anda untuk sign dan kepilkan resit sekali.

Bayaran gaji, claim untuk petrol, anda boleh ulang dengan cara yang sama. Cetak Payment Voucher supaya anda boleh buat filling ikut turutan index voucher.

Selepas siap, anda boleh kembali ke Buku Tunai, dan anda akan dapat lihat bahawa jumlah total duit yang keluar untuk bulan tertentu.

Kemudian pergi ke Buku Lejar untuk setkan jenis lejar.

Contoh, belanja staf makan dikategori sebagai Makan dan Minum Kakitangan (Staff Refreshment). Medical Allowance boleh letak sebagai Kebajikan Staf. Gaji boleh letak sebagai Gaji, Elaun & Upah.

Selepas anda pilih lejar untuk setiap rekod, anda akan nampak ringkasan lejar ada jumlah berapa.

Dengan ini, anda akan nampak dengan jelas dalam Penyata Untung Rugi jumlah jualan dan perbelanjaan. Anda akan dapat lihat sama ada bisnes anda untung atau rugi.

Pastikan anda jangan simpan resit sahaja, tapi tidak rekod dalam sistem. Resit yang disimpan akan jadi kabur, dan anda tidak akan tahu ke mana duit anda pergi.

Jadi, pastikan anda rekod perbelanjaan anda dalam Buku Tunai.

Video Tutorial

Tak Pasti Sesuai Ke? Dapatkan Consultation Percuma​

Untuk kami memahami keperluan anda dan beri cadangan bagaimana Niagawan dapat manfaatkan bisnes anda.
Scroll to Top