Cara Masukkan Opening Balance di Catitan Segera

Play Video

Bagaimana nak masukkan Opening Balance dalam Niagawan. Opening Balance bermaksud bisnes yang telah berjalan sebelum ini dan sekarang anda nak mula masukkan bermula tahun ini January 2019. Bagaimana pula jika akaun anda tahun-tahun yang lepas berterabur.

Sekarang anda nak mula buat akaun yang cantik mulai tahun ini. Macam mana anda nak masukkan Opening Balance?

Pergi ke Quick entry dan klik Opening Journal ini dan ada beberapa perkara yang anda perlu tahu iaitu :

  1. Berapa baki duit yang ada dalam bank pada 1 January
  2. Baki duit atas tangan pada 1 January
  3. Nilai stok yang ada pada 1 January
  4. Hutang customer
  5. Hutang supplier
  6. Nilai-nilai aset seperti fixed asset dan current asset seperti kereta, mesin dan lain-lain

Biasanya jika anda Sendirian Berhad, anda mempunyai akaun daripada tahun lepas (Audited Account), so anda boleh masukkan jika anda ada data-data yang terdahulu dan pilih jenis lejar yang anda inginkan seperti dibawah :

CURRASET

  1. Stock Purchased / Inventory : RM 50 000
  2. Acc Receivable / Sale Invoice: RM 20 000
  3. Electric & Water Deposit : RM 1 000
  4. Rental Deposit : RM 9 000

FIXED ASSET

  1. Computer, Equipment : RM 5 000
  2. Furniture & Fittings : RM 8 000
  3. Motor & Vehicle : RM 45 000

LIABILITY

  1. Loan For Hire Purchase : RM 38 000
  2. Income Tax Payable : RM 3 000

Selepas siap key in semua, klik Tambah.

Dalam Balance Sheet anda akan nampak dan tersusun seperti yang direkodkan tadi.

Isi juga di bahagian Bank/Cash Opening Journal. Isi butir-butir seperti dibawah seperti dibawah :

Sumber : Maybank

Tarikh : 1 Januari 2019

Amaun : RM35 000

Selepas siap key in semua, klik Tambah.

Macam ini sahaja anda key in Opening Journal. Anda akan nampak dalam lejar anda ada rekod sebentar tadi.

Dalam Balance Sheet anda akan lihat Opening Balance anda tadi beserta dengan jumlah curent asset yang telah anda isi

Apa itu Owner Previous Balance maksudnya bisnes ini telah beroperasi beberapa tahun sebelum ini.

Anda mungkin masukkan modal pada tahun 2010. Sepanjang tahun-tahun yang anda berniaga, terdapat transaksi dan duit masuk keluar sehingga hujung Disember 2018, jumlah aset yang tinggal atas tangan termasuk duit dalam bank.

Di samping ada aset, ada juga berhutang dengan orang iaitu hutang dengan income tax, hutang untuk loan kereta ataupun bisnes anda berhutang dengan anda sendiri (business owner) yang mana anda telah bersusah-payah berniaga daripada tahun-tahun yang lepas.

Inilah yang dinamakan Owner Previous Balance. Ianya akan tally dengan Balance Sheet anda. Jangan risau.

Rekodkan juga Opening Balance untuk permulaan bulan Januari dan anda boleh start key in sale anda daripada awal tahun January, Februari, Mac dan bulan-bulan seterusnya begitu juga dengan expenses anda.

Tapi kalau anda nak start buat akaun anda, sama juga stepnya seperti yang saya tunjuk sebentar tadi.

So saya harap anda faham konsep-konsep akaun ini.

Video Tutorial

Tak Pasti Sesuai Ke? Dapatkan Consultation Percuma​

Untuk kami memahami keperluan anda dan beri cadangan bagaimana Niagawan dapat manfaatkan bisnes anda.