Cara Import Produk dan Kategori ke dalam Niagawan

Play Video

Bagaimana kalau anda nak key in sale invoice anda yang mempunyai 1000-2000 jenis produk? Secara logiknya, takkan anda nak masuk satu per satu.

Anda hanya perlu pergi ke menu Produk/Kategori dan masukkan satu per satu produk anda.  Contohnya masukkan satu per satu produk perfume anda.

Tapi apa cara yang cepat untuk anda import semua? Perhatikan betul-betul ikon import dan eksport di bahgaian atas.

Ianya dalam bentuk CSV so anda perlu gunakan Excel untuk buka file tersebut.

Di sini bila dah buka dekat Excel, ianya akan tunjuk seperti ini dan ianya akan ada column kategori, kod, dan description dan lain-lain.

Bila anda nak import, anda perlu delete column kategori dan masukkan item-item yang anda nak dalam susunan column seperti ini iaitu kod, description, price, diskaun dan kos dengan betul dan tepat.

Selepas tu, anda differenciatekan price produk anda satu per satu

Sediakan senarai produk yang anda nak import dalam bentuk Excel seperti ini dan klik Simpan.

Anda perlu save dalam bentuk CSV juga seperti mana yang saya kata, anda hanya perlu eksport apa yang ada dalam senarai anda dan ubahsuai seperti mana yang saya tunjukkan tadi.

Ingat, anda perlu delete column kategori. Sekarang mari kita import semula ke dalam sistem, klik ikon import dan cari file anda tadi dan Upload.

Dia akan terus baca dengan tepat kalau anda key in ikut format yang saya terangkan tadi.

Sekarang anda sleect kategori apa yang anda nak? Contohnya anda ada beberapa jenis kategori seperti perfume, kosmetik, lipstik dan sekarang bila anda import.

Anda hanya perlu pilih kategori mana yang anda nak sahaja.

Macam ini lah anda boleh import produk dan kategori anda ke dalam Niagawan. Beribu-ribu produk pun boleh masuk sekali tapi anda perlu asingkannya mengikut kategori yang lain-lain.

So anda boleh buat CSV file yang berbeza untuk kategori yang berlainan dan seterusnya baru anda import satu per satu.

Ini sangat senang untuk anda masukkan sekaligus harga yang ada ke dalam CSV file dan ini adalah caranya anda boleh import produk ke dalam Niagawan.

Video Tutorial

Cara Rekod Perbelanjaan

Bagaimana caranya anda boleh rekod perbelanjaan dalam Niagawan? Sekarang anda boleh pergi ke Buku Tunai, di mana Debit adalah duit masuk dan Kredit adalah duit keluar. Apa-apa sahaja duit …

Baca Lebih Lanjut »

Tak Pasti Sesuai Ke? Dapatkan Consultation Percuma​

Untuk kami memahami keperluan anda dan beri cadangan bagaimana Niagawan dapat manfaatkan bisnes anda.