Play Video

Apakah cara untuk buat custome lejar? Apabila anda telah masukkan debit dan kredit di bahagian Buku Tunai, anda perlu setkan jenis lejar.

Contohnya, kita boleh masukkan Belian Bahan Mentah untuk buat perfume.

Anda beli botol-botol. Contoh yang lebih spesifik ialah belian botol sebanyak 2000 pcs dan anda guna sumber bank yang anda gunakan ialah Maybank.

Sekarang anda nak select tapi lejar yang anda nak tiada di sini. Apa yang anda perlu buat ialah buat customized lejar.

Caranya mudah sahaja, anda pergi ke bahagian customized dan di bahagian Customized dan anda akan dapat lihat semua jenis senarai lejar yang kami telah sediakan untuk anda by default.

Ini adalah lejar yang biasa orang guna. So anda nak buat lejar yang kami tak sediakan di sini. Bagaimana?

Klik New lepastu masukkan contohnya Belian Bahan Mentah (Material for Production) dan ianya dikira sebagai COGS dan klik Simpan.

Contoh 1:

Ledger : Belian Bahan Mentah (Material for Production)

Type : COGS

So sini anda akan nampak ianya ditambah secara automatik di sini. Jika ada lejar lain-lain yang anda nak guna seperti anda nak buat bayaran hutang loan untuk kereta, anda boleh letakkan sebagai Loan (Liability)

Contoh 2:

Ledger : Loan For Toyota Hilux (Loan)

Type : Liability

Klik Simpan dan anda akan nampak di bahagian bawah ini tertera sebagai Liability. (Loan untuk Hilux)

Bagi customized lejar ini akan ditunjukkan dengan ikon pensil dimana anda boleh edit balik untuk proses tukar, rename dan lain-lain.

So, lepas anda dah customized apa yang anda perlu buat adalah pergi ke lejar sini, just select lejar yang anda telah create tadi.

Dalam Penyata Untung Rugi, anda akan nampak COGS anda akan appear di bahagian atas sini.

Video Tutorial

Cara Guna Invois Belian

Cara masukkan stok dengan menggunakan Invois Belian. Dalam video yang sebelum ini, anda telah belajar cara untuk masukkan senarai produk dan stok secara manual. Sekarang mari kita masukkan stok …

Baca Lebih Lanjut »

Cara Rekod Perbelanjaan

Bagaimana caranya anda boleh rekod perbelanjaan dalam Niagawan? Sekarang anda boleh pergi ke Buku Tunai, di mana Debit adalah duit masuk dan Kredit adalah duit keluar. Apa-apa sahaja duit …

Baca Lebih Lanjut »

Tak Pasti Sesuai Ke? Dapatkan Consultation Percuma​

Untuk kami memahami keperluan anda dan beri cadangan bagaimana Niagawan dapat manfaatkan bisnes anda.
Scroll to Top