1-On-1 Zoom

Play Video

Apa itu 1-1 Zoom?

Ini adalah sesi support yang anda akan dapat secara 1-1 setiap bulan dengan account manager anda melalui platform Zoom.

Bukankan anda boleh rujuk dan belajar dari video tutorial yang disediakan?

Boleh, tapi itu jika anda ada pengalaman account yang asas dan dapat luangkan masa untuk tonton video tutorial untuk belajar sendiri. Cuma bukan semua orang ada masa nak explore sendiri-sendiri. Ada yang ingin kami support secara 1-1 supaya dapat setel masalah akaun mereka dengan cepat. Betul?

Dan juga lain bisnes, cara buat akaun adalah lain. Oleh itu, sebagai premium client anda akan dibantu oleh account manager anda untuk setup semua yang diperlukan secara step by step. Kadang-kala anda perlukan nasihat macam mana nak handle akaun yang lepas-lepas, macam mana nak kemaskan duit yang sudah berterabur, campur duit peribadi dan duit bisnes dan sebagainya, di sini lah anda akan dapat nasihat yang direct daripada account manager anda.

Contoh, ada seorang pengguna Basic yang sebelum ni telah banyak key-in sales record daripada Shopee. Semua key-in dengan betul tanpa ada masalah, tapi staff dia tak key-in maklumat customer dan detail belian customer sebab nak buat kerja dengan senang. Sebab dia rasa itu benda tak penting. Tapi yang tidak sedar adalah, dia tak dapat capture customer database dalam Niagawan yang boleh digunakan untuk tujuan marketing nanti.

Tambahan pula, setiap bulan, account manager akan semak akaun anda untuk pastikan ianya dibuat dengan betul. Ada kami jumpa mereka yang suka hati rekod dengan cara yang salah, dan di situ lah kami akan bagi tip untuk  memperbetulkannya.

Jika anda ada staf yang handle bahagian akaun, anda jangan risau kalau staf itu berhenti. Anda sentiasa boleh minta account manager untuk ajar staf baru semula. Anda sebagai bisnes owner, hanya perlu tengok laporan sahaja.

Pendek kata, dengan adanya 1-1 zoom ini, memang anda tak perlu risau akaun anda akan jadi kucar-kacir nanti. Anda sentiasa ada kami di Niagawan untuk rujuk.

Tak Pasti Sesuai Ke? Dapatkan Consultation Percuma​

Untuk kami memahami keperluan anda dan beri cadangan bagaimana Niagawan dapat manfaatkan bisnes anda.