Di Niagawan, kami percaya bahawa setiap usahawan berhak mempunyai sistem yang mudah, mesra pengguna, dan mampu milik untuk menguruskan bisnes mereka.
Pengasas Niagawan
Niagawan diasaskan oleh individu berpengalaman dalam bidang kewangan dan teknologi, dengan visi untuk memudahkan urusan perniagaan usahawan tempatan.
Berbekalkan lebih 10 tahun pengalaman, pengasas kami bertekad membawa solusi moden yang ringkas tetapi berkesan.
Bryant Gan
CEO & Founder Niagawan
Misi Kami
Membantu usahawan kecil dan sederhana menguruskan kewangan, stok,
dan prestasi bisnes dengan lebih efisien, tanpa memerlukan kos yang tinggi atau kepakaran teknikal.
Visi Kami
Menjadi platform pengurusan bisnes paling dipercayai di Malaysia yang menyokong pertumbuhan usahawan
ke arah kejayaan jangka panjang.
Pasukan Kami
Pasukan Niagawan terdiri daripada individu yang berdedikasi dalam bidang pembangunan perisian, sokongan pelanggan, dan pemasaran. Bersama, kami berkongsi semangat untuk membantu usahawan berjaya.