Kepada pelanggan yang dihormati,
Terima kasih atas maklum balas dan sokongan anda. Kami amat menghargai setiap pandangan yang diberikan, yang telah membantu kami dalam meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan kami.

Kami dengan bangganya mengumumkan pelancaran NiagaPlusPos, integrasi terbaru antara NiagaPlus dan NiagaPos! Kini, anda boleh menikmati sistem yang lebih lancar dan menyeluruh untuk mengurus perniagaan anda dengan lebih cekap.

Apa yang Baharu dalam NiagaPlusPos?

Pengurusan Jualan
Lihat butiran jualan dari NiagaPos secara langsung dalam NiagaPlus, termasuk dalam buku tunai dan invois jualan. Dengan integrasi ini, anda boleh mengurus jualan perniagaan dengan lebih mudah, walaupun menggunakan kedua-dua sistem.

Pengurusan Stok
Urus stok anda dalam NiagaPlus dan ia akan diselaraskan secara automatik dengan NiagaPos. Ini memastikan inventori anda sentiasa tepat, terkini, dan teratur tanpa perlu kemas kini manual.

Laporan Kewangan Lengkap
Akses laporan kewangan penuh dalam NiagaPlus, kini dengan data jualan dari NiagaPos. Dapatkan gambaran menyeluruh tentang prestasi perniagaan anda dalam satu tempat.

Penawaran Terbaru Niagawan: NiagaPlusPos

Fungsi Utama:

Fungsi NiagaPlus NiagaPOS NiagaPlusPos

Pengurusan Jualan

✅ Invois Jualan, Sebutharga, Invois Belian

✅ Point of Sale, Pembelian & Perbelanjaan

✅ Gabungan fungsi NiagaPlus & NiagaPos

Pengurusan Kewangan

✅ Buku Tunai, Aliran Tunai, Lejar Am, Penyesuaian Bank

✅ Laporan Jualan Harian, P&L Report

✅ Laporan Kewangan lengkap dari kedua-dua sistem

Pengurusan Stok & Pelanggan

✅ Inventori, Pengurusan Pelanggan & Pembekal

✅ Aliran Tunai

✅ Penyelarasan automatik jualan & stok

Laporan & Pematuhan

✅ Laporan Untung & Rugi, e-Filing & Zakat, Penuaian Hutang/Piutang

✅ Laporan Jualan Harian

✅ Laporan kewangan diselaraskan secara automatik

Harga & Langganan

Harga Langganan

RM497/tahun

RM197/tahun

RM694/tahun RM597/tahun

Bilangan Pengguna

3 pengguna

1 pengguna

4 pengguna

e-Invois

RM200 / tahun (diberikan percuma!)

SST

RM200 / tahun

Tambahan Pengguna

RM100 / tahun per id

Bluetooth Printer

RM100 (one-off)

Komitmen Kami Kepada Anda

Di Niagawan, kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda. Pelancaran NiagaPlusPos adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memudahkan pengurusan bisnes anda dengan lebih efisien dan lancar.

Kami akan terus menambah baik sistem kami supaya anda mendapat penyelesaian yang lebih lengkap, fleksibel, dan menjimatkan.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda yang berterusan. Kami amat menghargai peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan kejayaan bisnes anda.

Terima Kasih,
Team Niagawan