Apa Itu Laporan Aging (Aging Report)?

Laporan Aging digunakan untuk melihat status invois yang masih belum dibayar sepenuhnya atau dibayar secara partial, yang juga dikenali sebagai “hutang”.

Dalam Niagawan, laporan ini dibahagikan kepada dua bahagian: Debtor Aging dan Creditor Aging.

1. Debtor Aging memberi anda gambaran mengenai invois jualan yang belum dijelaskan oleh pelanggan.

2. Creditor Aging menunjukkan invois belian yang belum dijelaskan oleh syarikat kepada pembekal.

Langkah-Langkah untuk Laporan Aging:

Debtor Aging (Senarai Pelanggan yang Belum Jelaskan Bayaran)

1. Menu Laporan
Pergi ke Menu Laporan di sistem.

2. Pilih Laporan Aging dan Tab Debtor
Klik pada Laporan Aging dan pilih tab Debtor.

3. Tetapkan Tarikh
Masukkan tarikh yang dikehendaki, contohnya 31/07/2024. Laporan akan memaparkan data sehingga tarikh ini.

4. Klik Muat Semula (Reload)
Klik butang Muat Semula (Reload) untuk mengemaskini laporan berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan.

5.Paparan Senarai Pelanggan
Laporan akan memaparkan senarai pelanggan yang masih mempunyai invois tertunggak, sama ada berstatus Unpaid atau Partial.

6. Cetak atau Eksport ke Excel
Anda boleh mencetak laporan ini atau mengeksport data ke Excel untuk rujukan lanjut.

7. Klik Anak Panah untuk Butiran Pelanggan
Klik ikon anak panah > untuk melihat butiran invois pelanggan termasuk jadual tempoh bayaran.

Creditor Aging (Senarai Pengeluar yang Masih Berhutang)

1. Menu Laporan
Pergi ke Menu Laporan di sistem.

2. Pilih Laporan Aging dan Tab Creditor
Klik pada Laporan Aging dan pilih tab Creditor.

3. Tetapkan Tarikh
Masukkan tarikh yang dikehendaki, contohnya 31/07/2024. Laporan akan memaparkan data sehingga tarikh ini.

4. Klik Muat Semula (Reload)
Klik butang Muat Semula (Reload) untuk mengemaskini laporan berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan.

5. Paparan Senarai Pengeluar
Laporan akan memaparkan senarai pengeluar yang masih mempunyai invois tertunggak, sama ada berstatus Unpaid atau Partial.

6. Cetak atau Eksport ke Excel
Anda boleh mencetak laporan ini atau mengeksport data ke Excel untuk rujukan lanjut.

7. Klik Anak Panah untuk Butiran Pengeluar
Klik ikon anak panah > untuk melihat butiran invois pengeluar termasuk jadual tempoh bayaran.