Ada tak dalam kalangan rakan-rakan anda nampak semakin kaya sejak mulakan bisnes? Pernah tak anda tanya apa langkah yang mereka ambil untuk make sure bisnes mereka semakin maju.
Adakah anda pernah dengar tentang kepentingan pengurusan kewangan bisnes. Jom Niagawan kongsikan 5 Langkah mudah uruskan kewangan bisnes.
1. Asingkan Duit Bisnes dan Duit Peribadi
Adakah anda sekalikan duit bisnes dan peribadi? Anda tahu tak campurkan duit bisnes dan peribadi ini merupakan salah satu kesalahan terbesar dalam pengurusan kewangan bisnes.
Banyak keburukkan campur duit bisnes dan peribadi sebenarnya. Selain anda tak dapat pantau pergerakan duit dengan tepat, anda juga tak boleh nak pantau berapa jumlah sebenar untung atau rugi anda. Anda boleh ambil langkah buka akaun bank khas untuk bisnes anda bagi mengelakkan kebocoran duit bisnes untuk tujuan peribadi.
Bagaimana jika anda terpaksa juga guna duit peribadi untuk tujuan bisnes dan sebaliknya? Cara terbaik adalah dengan mencatat setiap transaksi tersebut dan gantikan duit tersebut pada masa akan datang. Ingat yang paling penting ialah gantikan semula dan pastikan dengan amaun yang betul.
2. Beri Gaji Kepada Diri Sendiri
Anda ambil gaji setiap bulan atau tak? Adakah anda tetapkan jumlah gaji anda ataupun ianya bergantung kepada perbelanjaan anda?
Penting untuk anda beri gaji kepada diri sendiri. Tetapkan jumlah gaji anda setiap bulan. Jangan sesekali tak ambil gaji untuk diri sendiri ataupun jadikan wang bisnes sebagai gaji yang boleh anda ambil sesuka hati.
3. Gunakan Software Untuk Rekod Transaksi Bisnes
Software atau sistem antara langkah paling mudah untuk bantu anda uruskan kewangan bisnes. Tetapi apa kepentingan software sebenarnya?
Software pengurusan duit atau akaun dapat bantu anda pantau kewangan bisnes dengan lebih tepat. Tetapi dengan syarat setiap transaksi haruslah direkod dengan tepat dan teliti tanpa ada yang tercicir. Pastikan software yang digunakan ialah cloud-based software dan maklumat yang disimpan di dalam sistem tersebut selamat tanpa ada kebocoran maklumat.
4. Mulakan Satu Tabiat Kewangan Yang Baik
Tabiat kewangan yang baik sangat membantu bagi memastikan pengurusan kewangan yang betul. Tetapi apa tabiat kewangan yang baik dan patut anda lakukan?
Antara tabiat kewangan yang baik ialah rekod setiap keluar masuk kewangan bisnes dan simpan bukti-bukti bagi setiap perbelanjaan yang anda buat dengan duit bisnes. Pastikan setiap rekod dibuat dengan baik dan tepat.
5. Melabur Untuk Perkembangan Bisnes
Pelaburan untuk tujuan memajukan bisnes adalah sesuatu yang baik. Sentiasa upgrade bisnes anda jika anda nak bisnes anda kekal relevan dan semakin maju.
Antara jenis pelaburan terbaik yang boleh anda lakukan ialah dengan sertai kelas-kelas marketing dan strategi perniagaan yang sesuai untuk bisnes anda. Selain itu, anda juga boleh melabur dengan menyertai program atau seminar yang boleh ajar and acara pengurusan kewangan dengan tepat. Apa salahnya anda melabur sedikit untuk kebaikkan bisnes anda sendiri. Betul tak?
Jika anda sedang mencari sistem akaun yang sesuai untuk bisnes anda, Niagawan ada jawapannya. Klik link ini sekarang untuk dapatkan sistem akaun serendah RM 33/ bulan.