Dalam sistem Niagawan, anda boleh menambah lejar baru mengikut keperluan perniagaan anda. Proses ini memudahkan anda mengurus kewangan syarikat secara teratur. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menambah lejar baru.
1. Pergi ke Menu Perakaunan
Masuk ke bahagian Perakaunan pada sistem Niagawan.
2. Klik Entri Lejar
Pilih menu ini untuk mengakses senarai lejar yang tersedia.
3.Klik butang Ubah Suai (ikon setting)
Gunakan fungsi ini untuk mengedit atau menambah lejar baru.
4. Klik butang + Baru
Pilih pilihan ini untuk menambah lejar baru.
5. Isi Maklumat Lejar
Contoh:
Nama Lejar: Pinjaman Tekun
Jenis (Type): Liabiliti
6. Klik butang Simpan
Setelah semua maklumat diisi, simpan lejar baru untuk mula merekod transaksi berkaitan.
- Pastikan anda memilih jenis lejar yang betul seperti Aset, Liabiliti, atau Pendapatan.
- Setiap lejar yang ditambah akan membantu memperkemas pengurusan akaun dan laporan kewangan anda.