Fungsi import produk memudahkan anda memuat naik senarai produk secara pukal ke dalam sistem. Untuk memastikan proses berjalan lancar, sila gunakan template Excel yang telah disediakan oleh pihak Niagawan dan ikuti langkah-langkah berikut.
1. Nama Produk:
- Pastikan tiada simbol atau karakter khas seperti @, #, ', atau " dalam nama produk.
- Gunakan huruf biasa sahaja.
2. Harga Jualan:
- Setiap produk mesti mempunyai harga jualan.
- Jangan letakkan nilai 0 pada harga jual.
3. Saiz Fail:
- Setiap fail Excel hanya boleh memuatkan 100 produk/servis.
- Jika terdapat lebih daripada 100 produk, pisahkan data ke dalam fail berasingan.
1. Muat Turun Template Excel
- Pergi ke Menu Produk.
- Klik Import Produk dan muat turun template Excel yang telah disediakan.
2. Masukkan Data ke Dalam Template
- Isi butiran produk seperti Nama Produk, Harga Jualan, dan Kategori di dalam template Excel.
- Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan mematuhi syarat yang dinyatakan.
3. Muat Naik Template ke Sistem
- Kembali ke Menu Produk.
- Klik Import Produk dan pilih fail Excel yang telah diisi.
- Klik butang Muat Naik untuk memuatkan produk ke dalam sistem.
4. Semak dan Simpan
- Pastikan senarai produk yang dimuat naik telah direkod dengan betul.
- Simpan data setelah selesai pengesahan.