Ingin membatalkan invois belian yang telah dibuat? Ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk memastikan proses pembatalan dilakukan dengan betul:
1. Pergi ke Menu Belian
Akses menu utama dan pilih Invois Belian.
2. Cari Nombor Invois Belian
Gunakan ruangan Search untuk mencari nombor invois belian yang ingin dibatalkan. Klik ikon > untuk melihat butiran invois.
3. Batal Dokumen Penerimaan Barang (Good Receive)
- Klik butang Penerimaan Barang di bahagian kanan.
- Pastikan anda membatalkan dokumen ini terlebih dahulu sebelum membatalkan invois belian.
4. Batal Nota Debit (Jika Ada)
- Jika invois belian mempunyai rekod Nota Debit, klik pada butang tersebut dan batalkan.
5. Batal Invois Belian
Akhir sekali, klik butang Batal untuk membatalkan invois belian.
- Jika bayaran telah direkodkan, anda perlu membatalkan bayaran tersebut terlebih dahulu.
- Ini kerana pembatalan invois belian tidak akan secara automatik membatalkan bayaran yang telah direkodkan.