Cara Semak Balance Sheet atau Trial Balance Tak Tally
Punca Balance Sheet/Trial Balance Tidak Tally:
1. Transaksi Tanpa Ledger
Transaksi lama yang direkod sebelum kemas kini sistem tidak disetkan ledger.
2. Tiada Pair Ledger
Transaksi tidak mempunyai pasangan debit dan kredit (double entry).
3. Undelivered Goods
Terdapat item yang masih belum dihantar tetapi direkodkan dalam sistem.
4. Transaksi Tidak Sama dengan Cost of Goods Sold (COGS)
Jumlah dalam ledger Stock Purchase tidak selaras dengan jumlah di Cost of Sale.
5. Jumlah Ledger Tidak Selaras dengan Balance Sheet
Untuk akaun aset atau liabiliti, total pada ledger tidak sama dengan jumlah yang dipaparkan di Balance Sheet.
Langkah Semak Balance Sheet atau Trial Balance Tidak Tally
1. Semak Ledger Entry
i) Pergi ke menu Accounting: Klik pada Ledger Entry di menu.
ii) Tentukan Tahun: Pilih tahun yang berkaitan.
iii) Semak Transaksi Tanpa Ledger: Jika ada transaksi berwarna merah (allocate transaction), klik dan tetapkan ledger yang sesuai.
iv) Pilih Debit atau Credit: Tetapkan ledger untuk setiap transaksi berdasarkan jenisnya.
2. Semak Tahun, Bulan, dan Tarikh Tidak Tally
- Rujuk Balance Sheet atau Trial Balance.
- Cari tahun, bulan, dan tarikh spesifik di mana akaun mula tidak tally.
3. Masukkan Tarikh Tidak Tally di Ledger Entry
- Di menu Ledger Entry, masukkan tarikh yang dikenal pasti.
- Semak setiap ledger yang disyaki ada isu dalam tempoh tersebut.