Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat sebut harga menggunakan Sistem Niagawan:
1. Akses Menu Jualan
Mulakan dengan membuka menu Jualan dalam sistem.
2. Pilih Sebut Harga (Quotation)
Klik pada pilihan "Sebut Harga (Quotation)" untuk memulakan proses.
3. Tambah Rekod Baharu
Klik butang ➕ Baru untuk menambah rekod sebut harga yang baharu.
4. Masukkan Maklumat Pelanggan
Pilih pelanggan daripada senarai sedia ada dengan menggunakan ruangan search, atau tambahkan maklumat pelanggan baharu jika perlu.
5. Pilih Tarikh Sebut Harga
Tetapkan tarikh sebut harga dengan memilih tarikh pada kalendar menggunakan butang ◀️ ▶️.
6. Tambah Tarikh Luput (Jika Perlu)
Sekiranya diperlukan, masukkan tarikh luput untuk sebut harga tersebut. Tarikh ini menunjukkan sehingga bila sebut harga sah digunakan.
7. Tambah Produk atau Servis
Klik "Tambah Produk" untuk memilih produk atau servis yang ingin ditawarkan. Anda boleh mencari nama produk atau servis dalam senarai, masukkan kuantiti, dan tekan butang + untuk menambahkannya ke dalam senarai.
8. Tambahkan Caj Penghantaran (Jika Ada)
Jika terdapat caj penghantaran, masukkan jumlah caj tersebut dalam ruangan penghantaran.
9.Tambahkan Diskaun (Jika Ada)
Sekiranya terdapat diskaun, masukkan jumlah diskaun dalam ruangan diskaun.
10. Isi Ruangan Remark (Tidak Wajib)
Jika ada sebarang catatan tambahan, isi di ruangan Remark.
11. Simpan Sebut Harga
Setelah semua maklumat dimasukkan, klik butang Simpan untuk menyimpan sebut harga anda.