Cara Rekod Sale dan Bayaran dari Market Place Lazada Shopee 11Street

Anda boleh buat dalam akaun Niagawan. Contohnya bisnes anda banyak dapat sale daripada Lazada, Shopee atau 11Streets. Bagaimana anda rekod dengan menggunakan Niagawan?

 

Untuk anda yang sale datang banyak dari platform Lazada, Shopee atau 11Streets, pertama sekali saya akan minta anda pergi ke User Setting dan create source ada sebagai Lazada/Shopee atau 11 Streets.

By default akan ada beberapa Bank/Tunai. Contohnya Maybank dan duit yang ada atas tangan sebagai Tunai.

 

Apabila sale anda masuk dalam Lazada, Shopee atau 11Streets, sebenarnya duit yang dibayar oleh customer dipegang oleh Lazada, Shopee atau 11Streets. Betul?

 

So dekat sini macam mana anda nak key in sales anda dan payment yg customer bayar tapi dipegang oleh platform ini? Mcm mana anda nak key in dalam Niagawan?

 

Saya faham anda kata Lazada sudah ada banyak rekod sale. Contohnya, satu hari anda dapat 50-100 order, sebaiknya anda key in setiap sale daripada Lazada, Shopee atau 11Streets tersebut ke dalam fungsi Sale Invoice dalam Niagawan.

 

Ianya kerana ketiga-tiga platform ini adalah distibution channel anda. So semua sale anda akan masuk melalui platform-platform ini.

 

Kalau anda tak key in rekod-rekod tersebut dalam Niagawan bermaksud anda tak ada customer database. Customer database sangat penting untuk kita bangunkan bisnes kerana setiap order yang anda terima daripada 3 market place ini.

 

Pastikan anda key in satu per satu order tersebut ke dalam Niagawan.

 

Anda nak growkan bisnes anda bukan? kalau  nak, jangan risau tentang banyak kerja sebab terpaksa key in dua klai, satu di Lazada dan satu lagi dlaam Niagawan.

 

Anda boleh gaji seorang yang kerjanya memang key in sale daripada online market place ke dalam sistem Niagawan sahaja untuk memudahkan kerja anda.

Cara key in :

 

  1. Pergi ke Invois Jualan.

2. Pilih produk yg dibeli oleh customer tersebut.

3. Kemudian masukkan customer info seperti nama, no telefon, alamat dan klik Simpan.

4.Anda akan nampak invois baru anda sudah di create dari Lazada.

 

Dia bayar bukan direct ke Maybank akaun anda, dia bayar kepada Lazada, so duit itu ada dalam Lazada bukan dalam Maybank akaun.

 

5. So klik untuk offset invois ini dan Simpan. Payment sudah diterima dan macam tu kalau anda dapat lihat, sale ini sudah diterima.

Kalau anda lihat di bahagian Buku Tunai anda, ini adalah kuncinya. Kedua-dua sale ini, anda akan dapat lihat duit dalam akaun Maybank dan duit dari jualan Lazada adalah berbeza dan tidak sama. Faham ?

 

So sekarang, setiap hari anda dapat sale daripada Lazada, Shopee atau 11Streets bukan? Jangan lupa untuk key in.

 

Di samping itu, di bahagian Dashboard, anda akan dapat lihat jumlah jualan dari Lazada, Shopee atau 11Streets. Saya faham bahawa 1-2 minggu sekali mereka akan transfer duit ini kepada anda? Betul?

 

Isunya sekarang macam mana anda nak buat entry-entry ini apabila duit telah ditransfer dari lazada?

 

Anda boleh guna Quick Entry. Contohnya :

Pergi ke bahagian Bank/Cash Transfer Journal.

Isi butir-butir seperti berikut :

From : Lazada

To : Maybank

Date : 04-04-2019

Amount: RM420.00

Klik Tambah.

Terus anda akan nampak baki Lazada anda berkurang dan akaun Maybank anda akan bertambah. Sama juga dengan marketplace yang lain. Ulang step yang sama.

 

Jika anda pergi ke bahagian Dashboard anda akan nampak total  duit dalam Maybank anda jadi RM1000. Sekarang tinggal RM20-RM30 sahaja duit anda dalam Shopee.

 

Jika anda tengok dalam Buku Tunai juga sama, ianya sama kerana ianya total duit yang ada dalam bisnes anda kerana ianya sudah automatik kira.

 

Anda akan tanya saya, macam mana kalau komisyen yang diicas oleh Lazada, Shopee atau 11Streets  (transaction fee) dan juga postage yg ditolak oleh lazada.

 

Sekarang sangat senang, anda boleh buat seperti ini:

Pergi ke bahagian Buku Lejar dan klik Customized di bahgaian atas. Kemudian, klik Baru dan create satu lejar baru iaitu Lazada dan klik Tambah.

 

Contoh :

Lejar : Commission Lazada

Type : COGS

 

Ianya akan effect juga dalam Balance Sheet anda, ianya akan tunjuk akaun current asset Maybank dan Lazada, Shopee atau 11Streets anda dengan lengkap dan tepat.

 

Tapi tujuan saya nak tunjuk kepada anda bagaimana anda nak gunakan sumber-sumber ini untuk manage sale anda daripada Lazada, Shopee atau 11Streets dimana anda akan tahu berapa duit yang telah di transfer kepada anda.

 

Kebaikan anda key in semua sale daripada market place ke dalam sistem Niagawan adalah bila anda key in semua ini , anda akan dapat capture customer database anda.

 

So imagine, kalau setiap hari ada 100 sale daripada 3 marketplace ini, kalau anda rajin key in, customer base anda akan bertambah dan makin banyak.

 

Bila anda klik this function iiatu Customer/Debtor, siapakah customer yang order paling banyak daripada anda? Anda akan dapat tahu dengan senang.

 

Ini yg sangat-sangat penting. So anda boleh dapatkan sale person anda untuk tujuan follow up customer-customer anda. Ianya juga berguna untuk tujuan marketing anda nanti.

Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes