Cara Menggunakan Buku Tunai (Cash Book) dalam Sistem Niagawan

Cara Menggunakan Buku Tunai (Cash Book)

Buku Tunai (Cash Book) adalah rekod penting untuk mencatat transaksi duit masuk dan keluar dalam syarikat anda. Buku Tunai ini memudahkan anda mengasingkan transaksi mengikut sumber pembayaran, seperti Tunai, Bank, atau sumber lain, serta memastikan rekod dalam sistem adalah tepat.

Apa Itu Buku Tunai?

Buku Tunai digunakan untuk:
- Merekod duit masuk dan duit keluar.
- Mengasingkan sumber pembayaran seperti Tunai, Bank, atau sumber lain.
- Menyemak sama ada baki yang direkodkan sepadan dengan tunai di tangan atau penyata bank.

Langkah-Langkah Melihat Buku Tunai

1. Pergi ke Menu Perakaunan
Log masuk ke sistem Niagawan dan pilih Menu Perakaunan.

2. Klik Buku Tunai
Pilih fungsi Buku Tunai dari menu yang tersedia.

3. Pilih Sumber Pembayaran
Pilih Tunai, Bank, atau sumber lain yang ingin disemak.

4. Semak Baki pada Buku Tunai
Bal B/F (Baki B/F): Pastikan baki ini sepadan dengan tunai di tangan (Tunai) atau penyata bank (Bank).

Definisi Baki dalam Buku Tunai

1. Baki Semasa (Current Balance):
- Formula: Total Debit - Total Kredit
- Merujuk kepada baki semasa bagi bulan tersebut.

2. Baki B/B (Previous Balance):
Merujuk kepada baki dari bulan sebelumnya.

3. Baki B/F (Forward Balance):
- Formula: Baki Semasa + Baki B/B
- Baki ini akan auto carry forward ke bulan berikutnya dan menjadi baki wang terkini dalam sumber atau tabung duit anda

Nota Penting

- Sentiasa pastikan Baki B/F adalah tepat setiap bulan kerana ia akan dibawa ke bulan seterusnya.
- Semakan berkala dapat membantu anda memastikan rekod transaksi adalah betul dan tiada ketidaksepadanan..

Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes