Fungsi kos dalam sistem bertujuan untuk merekodkan kos setiap produk, terutamanya bagi perniagaan jenis trading. Bagi perniagaan perkhidmatan atau pembuatan, harga kos perlu diletakkan sebagai 0.00. Dalam versi 3.0, terdapat beberapa penambahbaikan dalam fungsi kos, termasuk pengiraan kos purata (average cost).
1. Untuk Perniagaan Trading
- Kos produk wajib dimasukkan bagi membolehkan sistem mengira profit margin.
- Kos purata (average cost) boleh diaktifkan untuk pengiraan yang lebih terperinci.
2. Untuk Perniagaan Perkhidmatan/Pembuatan
Kos tidak perlu dimasukkan. Pastikan nilainya adalah 0.00, kerana kos sebenar biasanya melibatkan bahan mentah atau tenaga kerja.
- Apabila fungsi average cost diaktifkan, sistem akan secara automatik mengira kos purata bagi setiap produk.
- Data kos purata diambil berdasarkan rekod harga kos di Invois Belian (Purchase Invoice).
- Sebarang perubahan harga kos akan disesuaikan dalam rekod inventori secara automatik.
1. Menu Produk
Pergi ke menu Produk.
2. Pilih Produk
Cari produk yang ingin dikemas kini atau ditambah kos.
3. Masukkan Kos
Letakkan nilai kos sebenar (untuk trading). Jika tidak diperlukan, tetapkan kepada 0.00.
4. Simpan Perubahan
Klik butang Simpan untuk memastikan perubahan telah direkod.