Setelah berjaya menjana e-invois kepada pelanggan anda, anda boleh lihat laporan atau ringkasan e-invois anda.

Laporan Invois mengandungi beberapa kolum dengan butiran khusus mengenai status e-invois anda:
- Diperlukan: Invois yang diperlukan oleh pelanggan anda sebagai e-invois.
- Sedia untuk Hantar: Invois yang telah lengkap dengan maklumat pelanggan dan sedia untuk dihantar sebagai e-invois.
- Sedang Diproses: Invois yang sedang diproses sebagai e-invois.
- Berjaya: e-Invois yang berjaya diproses.
- Gagal: e-Invois yang gagal diproses kerana maklumat yang tidak mencukupi atau ralat yang berkaitan.
- Disatukan: e-Invois yang telah dihantar secara lump sum atau consolidate.
- Tidak Disatukan: Invois yang belum dihantar secara lump sum atau consolidate sebagai e-invois.
Untuk melihat senarai invois pada kolum tersebut, anda boleh klik pada nombor yang dipaparkan dan e-invois mengikut status akan disenaraikan.
