Untuk situasi seperti pembayaran kepada ejen, pengedar, transaksi e-dagang, perkhidmatan oleh penjual asing, atau faedah, tuntutan, dan pampasan dari syarikat insurans, anda boleh mengeluarkan e-Invois bil kendiri. Terdapat dua cara untuk submit e-invois bil kendiri.
Jika pembekal anda telah mengeluarkan e-Invois, tick pada pilihan “Pembekal telah mengeluarkan e-Invois”. Kemudian, masukkan ID dokumen e-Invois yang diberikan oleh pembekal untuk menghubungkannya dengan invois belian anda.

- Setelah berjaya menyimpan invois belian di atas, ia akan terus dihubungkan kepada e-invois asal oleh pembekal anda.


Create invois belian (purchase invoice) baru dan isikan butiran pembelian yang lengkap, termasuk item dan jumlah yang dibeli daripada pembekal. Jika pembekal anda tidak mengeluarkan e-Invois, tick pada pilihan “Buat e-Invois Bil Sendiri”. Ini membolehkan anda menghasilkan e-Invois bil sendiri bagi pembekal yang tidak menyediakan e-Invois.

Semak semua butiran bil kendiri untuk memastikan ketepatan dan klik “Sedia untuk Hantar”.

Status bil kendiri akan berubah kepada “Penghantaran sedang diproses”.

Setelah disahkan, e-invois bil kendiri akan tersedia. Anda boleh cetak atau akses e-invois tersebut pada portal MyInvois melalui pautan yang sama.

