Menyatukan invois sebagai e-invois dalam sistem perakaunan Niagawan sangat mudah dan sesuai untuk pengguna yang tidak perlu mengeluarkan e-invois secara individu. Untuk menggunakan fungsi consolidate e-invois:
Pada menu e-Invois, pergi ke Laporan e-Invois dan pilih bulan yang anda ingin satukan invois sebagai e-invois, contohnya Aug 2024.
Anda boleh semak jumlah invois yang belum disatukan pada kolum Tidak Disatukan.
Klik pada butang “Serahkan sebagai dikonsolidasi (Submit as Consolidated e-Invoice)” untuk gabungkan e-invois.
Sistem akan menyatukan invois yang belum berjaya disahkan sebagai e-invois sebagai satu e-invois yang disatukan.

Selepas proses penggabungan, semak status e-Invois yang digabungkan untuk pastikan tiada ralat atau kegagalan semasa proses ini.

Semak dan pastikan semua e-Invois telah digabungkan dengan betul.

Nota:
- Pastikan semua maklumat adalah tepat sebelum menggabungkan e-invois untuk mengelakkan masalah semasa penghantaran.
- Hubungi support team Niagawan jika anda menghadapi sebarang masalah semasa proses penghantaran.