Mula menggunakan cara manual untuk menguruskan akaun bisnes, Tuan Abu Johan, Pengurus di FNB Ventures berpendapat ianya sangat kucar kacir buat bisnes miliknya.
“Ada kalanya maklumat yang direkod di dalam quotation tidak konsisten. Harga tak sama, produk pun tak sama dan macam-macam masalah lain.”
Bukan itu sahaja masalah yang dihadapi, malahan hingga menyebabkan item dan maklumat yang sepatutnya direkod hilang dan tercicir.
“Kadang-kadang kami ter miss out sesetengah item yang sepatutnya dimasukkan ke dalam quotation untuk pelanggan.”
Tetapi semuanya berubah setelah beliau memilih untuk gunakan Niagawan.
Tambahan beliau lagi, setelah menggunakan Niagawan, beliau tidak lagi menghadapi masalah invois hilang dan tercicir.
“Dengan Niagawan, sekurang-kurangnya semua invois dan quotation memang disimpan secara online di dalam sistem. Jika saya nak tengok sewaktu tengah bercuti pun boleh!”
Saksikan temuramah penuh wakil Niagawan dengan Tuan Abu Johan dengan klik pada video di bawah.