5 Fungsi Niagawan Yang Wajib Bisnes Anda Gunakan

Ramai yang tahu tentang Niagawan tetapi masih ramai yang tidak tahu apa fungsi-fungsi menarik yang Niagawan tawarkan untuk memudahkan pengurusan bisnes anda.

Jom Niagawan terangkan satu-perasatu fungsi yang wajib anda gunakan bagi mudahkan pengurusan bisnes anda.

1. Generate dan WhatsApp Invois Dengan Pantas

Invois merupakan antara dokumen yang wajib bisnes sediakan buat pelanggan setiap kali ada jualan baru.

 

Tahukah anda, dengan Niagawan anda boleh create invois baru dan hantar kepada pelanggan melalui WhatsApp hanya dalam 1 minit. Invois yang telah di generate juga lengkap dengan maklumat-maklumat berkaitan jualan.

2. Simpan Database Pelanggan Dengan Lengkap

Simpan database pelanggan anda dengan lebih tersusun dan lengkap. Setiap kali anda rekod jualan, anda boleh pilih untuk tambah maklumat pelanggan dan setiap maklumat tersebut akan disimpan secara automatik di dalam sistem.

 

Anda juga boleh tetapkan jenis pelanggan (dropship, agen dan lain-lain) bagi setiap pelanggan dan setkan jenis harga berbeza mengikut kategori pelanggan.

3. Inventori Produk Yang Lebih Sistematik

Jika anda jalankan bisnes jenis produk, pastinya pengurusan inventori merupakan sesuatu yang sangat susah untuk diuruskan.

 

Sebab itulah Niagawan wujudkan fungsi di mana anda boleh urus dan pantau keluar masuk stok dan inventori secara automatik berdasarkan jualan yang telah direkod.

 

Selain itu, Niagawan juga sediakan fungsi untuk anda tetapkan kos, harga dan jenis-jenis harga bergantung kepada kategori pelanggan. 

 

Anda juga boleh lihat data yang khusus bagi setiap inventori produk contohnya produk keluar, masuk, rosak, hilang dan produk yang belum dihantar.

4. Laporan Cukai dan Anggaran Jumlah Zakat 

Buat anda yang pernah berpengalaman dalam urusan declare cukai LHDN, pastinya anda tahu ianya bukanlah proses yang mudah.

 

Oleh itu, Niagawan menyediakan fungsi di mana anda hanya perlu rujuk laporan cukai dari Niagawan ketika anda ingin siapkan e-Filing. Setiap data yang dipaparkan di sini adalah berdasarkan apa yang telah anda rekod di dalam sistem akaun Niagawan.

 

Bagi pengguna yang beragama Islam, Niagawan juga telah sediakan anggaran jumlah bayaran zakat perniagaan yang perlu anda lakukan. Anggaran jumlah zakat ini adalah berdasarkan rekod transaksi yang telah anda simpan di dalam Niagawan.

5. Laporan Untung Rugi Terkini

Buat anda yang jalankan bisnes, pastinya anda tahu kepentingan untuk lihat untung rugi terkini bisnes anda.

 

Oleh itu, Niagawan sediakan fungsi di mana anda boleh lihat keuntungan bisnes anda secara real-time. Setiap transaksi yang anda rekod boleh terus dipantau secara up-to-date.

 

Berminat untuk gunakan Niagawan dalam bisnes anda, klik link di bawah dan lihat pakej yang Niagawan tawarkan dan mula gunakan Niagawan dalam bisnes anda sekarang!

Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes