DULU, BAGI SAYA BISNES NI BILA ORANG BELI PRODUK KITA, LEPAS TU KITA ROLLING JE SEMULA. TETAPI…

Walaupun berniaga bukan sumber pendapatan utama, itu bukan bermaksud kita boleh melalukan sesuatu secara tidak bersungguh-sungguh.

Seperti Tuan Abdul Azman, perniagaan merupakan pendapatan tambahan buat beliau. Tetapi, beliau tetap berusaha sehabis baik untuk perniagaan beliau.

“Saya mula lakukan bisnes adalah disebabkan adik ipar saya minta saya bantu untuk cari pendapatan. Jadi, saya bersetuju untuk tubuhkan Neo Vape bersama dengan beliau.”

 

Akui beliau, bukan mudah untuk uruskan akaun bisnes, tambahan pula beliau tidak mempunyai sebarang pengalaman sebelum ini.

“Saya belajar satu-satu. Saya memang mula dari kosonglah. Mula-mula kita tak nampak masalah. Biasa lah mula berniaga. Jual barang orang beli, kita tolak modal.”

Ujar beliau juga, pada mulanya beliau tidak hadapi sebarang masalah. Tapi, lepas dikira semula, terdapat pelbagai kos yang beliau terlepas pandang hingga membuatkan beliau tersilap untuk pengiraan untung rugi bisnes.

“Pernah sekali, saya beli kos untuk barang berniaga, tapi saya tak tolak kos. Antaranya, waktu pos barang kepada pelanggan, saya tak kira kos pos berapa hingga membuatkan saya yang terpaksa tanggung kos tersebut.”

 

Setelah menggunakan Niagawan, banyak perubahan yang beliau boleh nampak dalam bisnes beliau dan antara yang paling beliau gemari ialah fungsi inventori.

“Saya paling suka part inventori. Part inventori memang senang jaga. Bila sekarang kita nak ambil stok, kita dah tak ambil secara sembarangan. Saya akan tengok berdasarkan jualan dan boleh nampak stok mana yang berkurangan dan perlu ditambah.”

 

Tambah beliau lagi, dulu beliau terpaksa kira secara manual, terpaksa kira satu-persatu. Tetapi, kini semuanya boleh dipantau menggunakan Niagawan sahaja.

“Sekarang semua senang. Guna Niagawan dah boleh pantau semua. Guna phone saja pun boleh. Apa yang penting cuma ada jaringan internet sahaja.”

 

Anda juga berminat untuk dapatkan Niagawan Plus + Palm seperti Tuan Azman, klik button di bawah sekarang.

 

Author
Fathinah
Fathinah
“It's not about the words that come out of your mouth. It's about the words that come out of your heart.”
Recommended For You

Kongsikan artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Scroll to Top