5 Tips Penting Bina Bisnes Berjaya

Untuk bina bisnes yang berjaya pastinya bukan mudah. Terutama sekali dikala dunia sedang bergelut dengan Pandemik Covid-19 ini. Ramai usahawan yang terjejas teruk disebabkan oleh Pandemik Covid-19, tambahan pula dikala ekonomi yang tidak stabil ini.

 

Berikut Niagawan kongsikan 5 Tips Penting Bina Bisnes Berjaya.

1. Tetapkan Hala Tuju Perniagaan

Walaupun pada awalnya anda tubuhkan perniagaan kerana terdesak, ianya tetap penting untuk anda ada hala tuju dan matlamat yang nyata sebelum menubuhkan pernigaan tersebut. Hala tuju sangat penting untuk bantu anda lakukan perancangan yang terbaik untuk bisnes anda.

2. Lakukan Bisnes Yang Anda Sukai 

Minat merupakan asas penting dalam bisnes. Tambahan pula, apa yang anda sukai pastinya bantu anda untuk lebih mahir dengan apa yang anda lakukan. Ianya pasti memudahkan urusan anda sepanjang menjalankan bisnes tersebut.

3. Dapatkan Ilmu Dari Pelbagai Sumber
 

Ilmu merupakan antara cara terbaik untuk bantu anda upgrade diri anda. Banyakkan membaca dan sertai program-program yang boleh bantu tingkatkan ilmu berkaitan bisnes. Anda juga boleh belajar dari perjalanan usahawan-usahawan berjaya untuk lihat bagaiman mereka sentiasa konsisten dalam bisnes.

4. Sentiasa Utamakan Pelanggan
 

Pastikan anda sentiasa faham berkaitan kehendak pelanggan anda. Jangan sesekali melihat sesuatu dari sudut pandangan anda sahaja. Sentiasa lihat dari sudut pandangan pelanggan anda dan cuba sehabis baik untuk penuhi permintaan pelanggan anda kerana kepuasan pelanggan sangat diperlukan untuk bantu bisnes anda.

5. Teliti Dengan Setiap Perancangan

Perancangan yang sangat teliti sangat diperlukan untuk bisnes. Ianya termasuk dengan perancangan dari segi pemasaran, kewangan dan sebagainya. Untuk pemasaran, anda boleh gunakan cara yang pernah Niagawan senaraikan sebelum ini; Tips Marketing Tanpa Sebarang Kos

 

Bagi kewangan pula, anda boleh gunakan sistem akaun yang anda di pasaran untuk bantu anda uruskan kewangan bisnes dengan lebih teliti dan Niagawan merupakan sistem yang sangat sesuai digunakan bagi membantu bisnes anda. Jom gunakan sistem akaun Niagawan bagi bisnes anda sekarang!

Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes