HEALTHY BREAKFAST – RUTIN MINGGUAN NIAGAWAN

 

Di Niagawan, kami sangat mementingkan kesihatan kerana kesihatan yang baik merupakan asas utama kepada hasil kerja yang berkualiti. Oleh itu, setiap Jumaat, Niagawan akan mengadakan ‘Healthy Breakfast’ yang bertujuan untuk menggalakkan pengambilan sarapan bagi semua staff di samping memastikan semua staf sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian.

Setiap menu berbeza mengikut minggu dan bergantung kepada kumpulan-kumpulan yang dipertanggungjawab untuk menyediakan menu bagi hari tersebut. Yang pasti, kalori bagi setiap menu yang disediakan tidak melebihi 300 – 400 kcal seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Bagi minggu ini, Marketing Team telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan menu bagi Healthy Breakfast. Menu yang dipilih ialah roti wholemeal bersama tuna. Jumlah keseluruhan kalori bag menu ini ialah 216 kcal.

Niagawan sentiasa berharap agar usaha untuk memperkasakan gaya hidup sihat ini dapat membuka mata ramai lagi di luar sana agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat untuk keseimbangan hidup.

Author
Fathinah
Fathinah
“It's not about the words that come out of your mouth. It's about the words that come out of your heart.”
Recommended For You

Kongsikan artikel ini

Scroll to Top