4 TRICK POWER UNTUK HANDLE KEWANGAN DALAM BISNES

Untuk uruskan kewangan dalam bisnes bukanlah perkara mudah dan pastinya telah buat ramai pemilik bisnes pening kerana ianya boleh membawa bencana sekiranya tersilap langkah.

Niagawan telah senaraikan 4 Trick Power Untuk Handle Kewangan Dalam Bisnes. Jom baca dan aplikasikan dalam bisnes anda.

Trick #1: Disiplinkan Diri Untuk Rekod Jualan Dan Perbelanjaan
 
 

Rekod jualan dan perbelanjaan bisnes sangat penting untuk uruskan kewangan bisnes. Ianya penting untuk awasi setiap transaksi keluar masuk duit dalam bisnes anda.

Wajib jika anda nak berjaya dalam bisnes untuk rekod setiap jualan dan perbelanjaan. Jangan lupa untuk simpan setiap bukti dan rekod perbelanjaan bagi tujuan declare cukai perniagaan nanti.

Trick #2: Rancang Kewangan Dengan Bijak

Perancangan kewangan yang bijak penting untuk bisnes anda. Tapi bagaiman untuk rancang kewangan bisnes anda?

Sebaiknya anda perlu ramal apa yang terjadi pada bisnes anda dalam beberapa hari, minggu, bulan dan tahun-tahun akan datang. Dari situ anda boleh rancang setiap kewangan dengan terperinci.

Rancang setiap pengeluaran yang harus dilakukan, perbelanjaan yang patut dan pastikan juga anda rancang apa yang perlu di upgrade untuk majukan bisnes anda.

Sebagai contoh:

Top-up stock setiap minggu, beli peralatan pejabat setiap 2 bulan dan lain-lain.

Trick #3: Wajib Ada Tabung Emergency

Tabung emergency adalah wajib dalam setiap bisnes kerana macam-macam perkara boleh terjadi tanpa kita rancang.

Bayangkan jika terjadi sesuatu yang darurat seperti bencana alam, kemalangan atau keuntungan yang jatuh merudum tanpa kita tahu dan rancang perkara tersebut akan terjadi.

Sebagai contoh, pandemik Covid-19. Ianya terjadi secara tiba-tiba, luar dari kawalan dan telah mengakibatkan kejatuhan banyak bisnes.

Sebaiknya, setiap bisnes harus mempunyai kira-kira 6 hingga 12 bulan simpanan emergency bergantung kepada jumlah perbelanjaan bulanan.

Ianya sangat penting untuk pastikan anda dapat mampu kekal beroperasi 6 hingga 12 bulan kedepan walaupun sesuatu yang tidak dirancang terjadi.

Trick #4: Guna Sistem Untuk Uruskan Kewangan

Dalam era serba moden ini, pelbagai sistem yang anda boleh gunakan untuk uruskan kewangan terutama sekali kewangan bisnes.

Pastinya sistem akaun/ kewangan sangat membantu anda untuk uruskan kewangan tanpa perlu anda bersusah payah. Apa yang penting ialah kekal konsisten untuk rekod setiap perkara penting dalam pengurusan bisnes.

Author
Fathinah
Fathinah
“It's not about the words that come out of your mouth. It's about the words that come out of your heart.”
Recommended For You

Kongsikan artikel ini

Scroll to Top