Terima kasih kerana memilih Niagawan untuk bantu bisnes anda.
Bagi anda yang membeli Pakej Niagawan Plus, anda boleh log-in menggunakan ID dan password seperti di mesej yang anda terima dari pihak Niagawan di pautan https://app.niagawan.com/login/.
Manakala, bagi pengguna Niagawan Palm, anda diminta untuk muat turun aplikasi Niagawan Palm di Google Play bagi pengguna Android manakala bagi pengguna IOS, anda diminta untuk muat turun aplikasi Niagawan Plam di App Store. Seterusnya, login ke akaun anda menggunakan ID dan password seperti yang tertera pada mesej yang dikirim dari Niagawan.
Berikut merupakan 3 langkah mudah yang perlu anda lakukan untuk setup akaun Niagawan anda:
1. Setting Info Bisnes
– Untuk setup akaun bisnes anda, anda perlu ke bahagian setting. Anda diminta untuk isi setiap data yang diperlukan bergantung kepada maklumat bisnes anda.
2. Masukkan Produk dan Customer List
– Untuk masukkan data berkaitan produk, anda diminta untuk klik pada fungsi produk. Klik pada ikon ‘+’ untuk masukkan produk baru. Isi maklumat yang diperlukan dan anda juga boleh muat naik gambar produk bagi memudahkan urusan jualan pada masa hadapan.
– Seterusnya, masukkan data-data pelanggan yang sedia ada. Klik pada bahagian pelanggan dan masukkan data-data pelanggan yang telah anda simpan.
3. Masukkan Nilai Baki Bank Dan Tunai
– Masukkan opening balance untuk baki tunai dan bank. Anda boleh masukkan opening balance dengan klik pada cashbook, dan masukkan pada bahagian debit. Kemudian, anda perlu setkan di lejer sebagai baki terdahulu daripada pemilik liabiliti.
Kini, anda telah selesai setup akaun Niagawan anda menggunakan 3 langkah mudah ini. Untuk lebih faham berkenaan cara-cara untuk setup akaun anda, tonton video yang kami sediakan ini.