Gagal Dalam Bisnes? Gunakan 5 Langkah Untuk Bangkit Dari Kegagalan..

Jatuh bangun dalam bisnes merupakan perkara biasa. Tetapi apa yang membezakan seorang yang berjaya adalah orang yang mampu bangkit dari kegagalan.

 

Anda sedang mengalami kegagalan? Ketahui 5 Langkah Untuk Bangkit Dari Kegagalan dalam bisnes.

1. Kenal Pasti Punca Kejatuhan Bisnes

Cuba cari apa punca yang membuatkan anda gagal dalam bisnes. Adakah salah tersebut berpunca dari pengurusan, operasi dan sebagainya.

Cuba cari kesemua punca dan senaraikan mengikut punca paling utama ke sekecil-kecil punca. Pastikan anda senaraikan kesemua punca kegagalan dalam bisnes anda sebelum ini dan jadikan sebagai kekuatan untuk anda bangkitkan bisnes selepas ini.

2. Rujuk Pada Rakan Usahawan

 

Anda sebagai pemilik bisnes pasti mempunyai circle yang majoriti disertai oleh para usahawan lain. Apa kata anda hubungi semula individu-individu yang boleh anda kategorikan sebagai rakan usahawan yang positif.

Mereka sebenarnya sangat membantu untuk membantu mindset anda dan dalam masa yang sama boleh dijadikan sebagai sumber rujukan buat anda.

3. Sertai Group Bisnes Support

Sertai group-group bisnes yang dapat bantu bisnes anda. Antara contoh group yang anda boleh sertai ialah group bisnes komuniti, group bisnes berpandukan produk yang anda jual dan banyak lagi.

Sertai apa sahaja jenis group yang boleh bantu anda terutama sekali dalam bidang perniagaan.

4. Rancang Semula Plan Untuk Bangkit

 

Perancangan yang baik sangat diperlukan untuk bantu anda bangkit semula daripada kegagalan. Rancang plan yang lengkap dan teliti. Pastikan plan anda merangkumi semua aspek dan paling penting perlulan berpandukan pada punca kejatuhan bisnes anda sebelum ini.

5. Terus Jalankan Marketing

Marketing sangat penting dalam bisnes. Pastikan anda pasarkan produk atau servis anda dengan baik. Anda juga boleh rujuk zero cost marketing yang Niagawan telah senaraikan sebelum ini.

Semoga tip-tip ini dapat bantu anda untuk bangkit semula dari kegagalan bisnes anda sebelum ini dan capai lebih dari apa yang anda idamkan.

You may also like

Kongsikan artikel ini

Scroll to Top

Rekod Jualan & Hantar Invois, Di Mana-Mana Sahaja!

Urus jualan dan hantar invois kepada pelanggan hanya dengan 2 step mudah!

Produk & Open Item

Urus pesanan dan produk yang dipesan oleh pelanggan dengan mudah dan tersusun.

Info Pelanggan

Simpan maklumat pelanggan di dalam sistem Niagawan & jimat masa untuk rekod jualan.

Bayaran & Baki

Tambah bayaran pelanggan sama ada bayaran penuh, separuh atau tiada rekod bayaran.
 

Invois

Invois akan di generate secara automatik setelah anda simpan rekod jualan.

Cetak & Whatsapp

Cetak dan hantar invois kepada pelanggan bila-bila masa sahaja, secara on-the-spot.