Bisnes Kecil Tak Perlu Berbelanja Untuk Marketing. Tetapi Perlu…

  Bagi peniaga kecil dan baru, anda tak perlu berbelanja untuk marketing tetapi apa yang lebih diperlukan ialah ‘zero cost’ online marketing. Jom lihat 5 Tips Zero Cost Online Marketing yang akan Niagawan kongsikan.

1. Jual Produk/ Servis Anda Melalui Facebook Live

Seperti kita sedia maklum, Facebook merupakan antara medium terbaik untuk anda pasarkan produk anda. Tetapi tahukah anda, kewujudan Facebook Live? Facebook Live merupakan antara tempat di mana anda boleh jual produk/ servis anda secara lebih menarik. Anda hanya perlukan smartfon dan internet connection yang baik ketika sesi tersebut.

Anda boleh buat sekurang-kurangnya sekali sehari untuk sesi Facebook Live tersebut. Anda bukan saja boleh jual produk/ servis menerusi Facebook Live. Anda juga boleh kongsikan tips, demo produk dan pelbagaikan content untuk setiap sesi Facebook Live tersebut.

2. Instagram Untuk Branding

Instagram merupakan antara aplikasi sosial media yang telah menjadi sebahagian daripada rutin harian kebanyakkan rakyat Malaysia. Jadi jangan sia-siakan setiap platform yang anda untuk buat orang lebih kenal tentang brand dan produk/ servis anda.

Anda boleh gunakan Instagram untuk tujuan online marketing dengan muat naik gambar atau video berkaitan produk/ sevis anda terutama sekali di Instagram Story. Jangan lupa juga untuk hasilkan video-video menarik berdasarkan trend semasa dan muat naik ke Instagram Reels. Pasti jenama anda akan bakal lebih dikenali seterusnya dapat meningkatkan brand awareness tentang produk/ servis anda.

3. Sertai Banyak Facebook Group

Kenapa Facebook Group penting untuk marketing dalam bisnes anda? Adakah anda tahu Facebook Group adalah tempat di mana anda boleh pasarkan produk anda pada komuniti yang tepat.

Anda rasa apa sebenarnya punca orang sertai FB Group? Adakah anda tahu, kebanyakkan orang join FB Group untuk dapat maklumat berguna dan mempunyai minat yang sama. Jadi, apa salahnya jika anda kongsikan tentang produk/ servis ada di dalam FB Group. Tetapi, pastikan FB Group tersebut merupakan group yang tepat dan sesuai untuk produk anda.

4. Buat Content Marketing Untuk ‘Soft Sell’

Anda tahu tak apa perbezaan hard sell dan soft sell? Hard sell apabila anda menjual produk/servis anda secara langsung. Sebagai contoh, anda jual pakaian dan anda fokuskan content tentang pakaian tersebut tetapi untuk soft sell pula anda menjual produk/ servis anda secara tak langsung.

Antara cara soft sell yang berkesan ialah blog, video dan infografik. Sebagai contoh, anda menjual pakaian. Anda boleh kongsikan tips untuk memilih warna pakaian mengikut warna kulit, video cara buat ukuran badan untuk pilih size yang sesuai.

5. Hantar Whatsapp Kepada Pelanggan

Whatsapp merupakan antara cara free yang boleh anda gunakan untuk berhubung dengan pelanggan/ bakal pelanggan anda.

Antara cara terbaik yang anda boleh gunakan ialah hantarkan promosi, diskaun dan info-info yang boleh bantu tingkatkan jualan anda. Anda juga boleh gunakan Whatsapp untuk tanya tentang feedback dari pelanggan anda tentang produk/ servis anda.

Tapi bagaimana anda nak dapatkan no telefon mereka? Jika anda nak tahu, ini merupakan salah satu kepentingan simpan database pelanggan anda untuk tujuan pemasaran. Anda bukan sahaja perlu simpan database pelanggan sedia ada, anda juga perlu simpan database pelanggan yang berminat dengan produk anda walaupun mereka belum membeli produk anda.

Niagawan harap setiap info yang diberikan boleh membantu anda sebagai pemilik bisnes kecil.

Berminat untuk tahu cara terbaik untuk simpan database pelanggan anda, klik link ini
Niagawan Plus Sdn Bhd
110-2-21, Summerton Avenue, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
SSMI: 1241159-P
SST No: P11-2201-32000010
Khidmat Pelanggan
014-321 6900
014-321 6925
Disclaimer: The information contained within this website is provided for the informational purposes only and is not intended to substitute for obtaining accounting, tax, or financial advice from a professional accountant. Presentation of the information via the Internet is not intended to create, and receipt does not constitute, an accountant-client relationship. Internet subscribers, users and online readers are advised not to act upon this information without seeking the service of a professional accountant. While we use reasonable efforts to furnish accurate and up-to-date information, we do not warrant that any information contained in or made available through this website is accurate, complete, reliable, current or error-free. We assume no liability or responsibility for any errors or omissions in the content of this website or such other materials or communications.
Designed by Radiant Themes