Niagawan menganjurkan outing buat pertama kalinya dan telah memilih jungle trekking sebagai aktiviti outing kali ini. Bagi aktiviti kali ini, Niagawan telah memilih Pantai Keracut, Pulau Pinang sebagai destinasi dan disertai oleh kira-kira 17 orang yang terdiri daripada staf-staf Niagawan.
Mula bertolak dari pejabat Niagawan Plus yang terletak di Bayan Baru, perjalanan mengambil masa 30 minit untuk tiba di Taman Negara Pulau Pinang di mana tempat permulaan untuk sesi trekking kali ini.
Aktiviti bermula dengan sesi panaskan dan mengambil masa kira-kira 10 minit.
Setelah pastikan semua keperluan lengkap, kira-kira jam 9.00 pagi kami memulakan trekking ke Pantai Keracut.
Perjalanan dimulakan dengan santai, disambut dengan hempasan ombak dari pantai yang terletak di sepanjang laluan.
Setelah hampir 15 minit, akhirnya kami tiba di permulaan trek sebenar untuk ke Pantai Keracut. Tertera di papan tanda jarak keseluruhan dari titik mula ke Pantai Keracut ialah sejauh 2.92 km.
Setelah hampir 1 jam 30 minit perjalanan, akhirnya kami tiba di Pantai Keracut. Aktiviti di Pantai Keracut ialah berkelah dengan makanan potluck yang dibawa oleh staf-staf Niagawan yang menyertai aktiviti outing kali ini.
Setelah hampir 1 jam berada di Pantai Keracut, akhirnya kami pulang semula ke Taman Negara Pulau Pinang menggunakan perkhidmatan bot laju yang ditawarkan di sini.
Selepas 15 minit perjalanan menaiki bot laju, akhirnya kami tiba di Taman Negara Pulau Pinang. Setelah sesi bergambar, kami bertolak pulang dari Taman Negara Pulau Pinang kira-kira jam 1 petang.
Sesi outing ini sangat membantu untuk merapatkan lagi hubungan staf-staf di Niagawan di samping dapat menikmati keindahan alam. Ikuti pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik staf Niagawan pada masa akan datang.