Bila diceritakan tentang perjalanan bisnes, jatuh bangun merupakan perkara biasa yang dilalui oleh para usahawan. Begitu juga bagi Puan Ashikin Majid, CEO Sedaya Padu Sdn. Bhd.
“Dulu, saya bayar mahal untuk sistem akaun dari luar negara. Tetapi, saya tak boleh gunakan fungsi yang ada sebab sistem tersebut terlalu susah untuk difahami.”
Bercerita tentang pengalaman beliau menggunakan sistem akaun dari luar negara, Puan Ashikin menyatakan beliau hanya menggunakan fungsi debit dan kredit sahaja kerana bahasa yang digunakan di dalam sistem tersebut sukar untuk difahami. Beliau juga bercerita, walaupun telah berhabis banyak untuk sistem akaun tersebut, beliau masih terpaksa menggunakan Excel dalam masa yang sama.
“Saya terpaksa buat manual juga. Dalam spreadsheet, Excel. Itu pun masih ada lompong.”
Tetapi, setelah berubah ke Niagawan, pelbagai perubahan yang telah Puan Ashikin dapat lihat di dalam bisnes milik beliau.
Ditanya, bagaimana beliau menguruskan akaun kerana syarikat milik beliau menawarkan bisnes jenis perkhidmatan dan produk. Beliau berkongsi cara yang digunakan ialah dengan mengasingkan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan mengikut kategori.
“Saya akan senaraikan semuanya mengikut kategori. Contohnya, kalau printing, saya akan kategorikan kepada printing satu warna, dua warna dan saya akan setkan mengikut kod yang berbeza.”
Puan Ashikin juga ada berkongsi saranan beliau kepada pemilik bisnes di Malaysia untuk mula menguruskan akaun bisnes menggunakan Niagawan kerana pengalaman telah banyak mengajar beliau dan menurut beliau Niagawan merupakan sistem terbaik untuk uruskan akaun bisnes.
“Saya telah menggunakan banyak platform akaun tetapi Niagawan adalah yang terbaik. Niagawan boleh di linkkan dengan supplier, agen dan macam-macam lagi. Semuanya dalam satu sistem yang sama.”
Adakah anda juga telah banyak melalui pengalaman ngeri dalam bisnes kerana menggunakan cara yang salah untuk uruskan akaun bisesn? Apa kata anda mula gunakan Niagawan seperti yang di syorkan oleh Puan Ashikin.
Berminat untuk dapatkan Niagawan dalam perniagaan milik anda, klik yang disediakan.