Satu Sistem Lengkap: POS + Akaun + Stok untuk Bisnes Anda

Urus jualan, simpan stok & rekod untung rugi bisnes – semuanya dalam satu platform
Ingin naik taraf bisnes anda dengan NiagaPlus+Pos?
Whatsapp Team Kami Sekarang!
Bisnes Semakin Maju, Tapi Nak Urus Kutipan Duit Jualan Semakin Susah?
Pemilik perniagaan sering berdepan kesukaran dalam menyelaraskan jualan, stok, dan kewangan.

Berikut adalah cabaran utama anda mungkin hadapi:
Pemilik perniagaan sering berdepan kesukaran dalam menyelaraskan jualan, stok, dan kewangan. Berikut adalah cabaran utama anda mungkin hadapi:
Bisnes berkembang dengan beberapa cawangan, tapi susah nak urus jualan?
Staf guna NiagaPos untuk rekod jualan di setiap cawangan tanpa perlu cara manual.
Boss pantau prestasi jualan setiap lokasi dalam NiagaPlus tanpa pening kepala.
Dulu hanya gerai kecil, sekarang makin besar – tapi stok dan pembekal tak tersusun?
Rekod jualan harian dengan NiagaPos, pastikan setiap transaksi direkod dengan tepat.
Urus stok dan invois pembekal dengan lebih teratur dalam NiagaPlus untuk elak kehilangan barang atau lebihan stok.
Ubah Bisnes Anda Dengan NiagaPlus+Pos Sekarang!
Satu aplikasi, pelbagai fungsi – dari jualan runcit hingga pengurusan kewangan!
Integrasi Automatik untuk Urus Niaga & Laporan Kewangan

Semua transaksi jualan melalui NiagaPos terus direkodkan dalam NiagaPlus tanpa perlu input manual, memudahkan pemantauan aliran tunai dan laporan kewangan.

Sales invoice & cash book dikemas kini serta-merta – Tak perlu tunggu atau buat rekod tambahan.
Data jualan terus ke laporan kewangan – Tidak perlu lagi susah payah memasukkan data jualan secara manual lagi
Pengurusan Stok yang Lebih Tersusun

Stok dan harga jualan dikemas kini secara automatik antara NiagaPos dan NiagaPlus, mengurangkan risiko kehabisan stok atau ketidakseimbangan inventori.

Sistem boleh membantu anda mengesan stok rendah untuk elak jualan terhenti.
Harga jualan selaras dalam semua cawangan – Tiada lagi masalah perbezaan harga antara cawangan atau staf tersalah letak harga
Laporan Kewangan yang Lengkap & Mudah Difahami

Semua jualan dari NiagaPos disatukan dalam laporan kewangan NiagaPlus, memberikan gambaran penuh prestasi bisnes anda.

Rekod keuntungan & kos setiap kategori produk – Lihat produk mana yang paling menguntungkan, memudahkan analisis jualan.
Data disusun untuk laporan cukai – Memudahkan penyediaan laporan cukai kerana semua maklumat tersedia dalam format yang teratur.
Pengurusan e-Invois yang Lebih Mudah & Teratur

Urus niaga kini lebih lancar dengan e-invois yang dijana secara automatik, tanpa proses manual atau risiko kesilapan cukai.

Jual je, e-Invois terus siap! Tak perlu susah payah key-in satu-satu.
Hantar link e-invois terus kepada pelanggan melalui WhatsApp tanpa perlu cetakan fizikal.
Transformasi Bisnes Anda dengan NiagaPlus+Pos
Gabungan Terbaik untuk bisnes Mikro & Kecil—urus perniagaan dengan lebih lancar, cepat & berkesan!
Fungsi NiagaPos

Mudah & Cepat untuk Operasi Runcit!

Rekod duit keluar masuk harian secara automatik
Print resit serta-merta untuk pelanggan
Penggunaan e-Invoice yang lebih ringkas
Fungsi NiagaPlus

Sistem Akaun Lengkap untuk Bisnes Anda!

Jana quotation & invois profesional dalam satu klik
Simpan & urus maklumat pelanggan & pembekal dengan mudah
Pantau stok & inventori tanpa risiko terlebih atau terkurang
Full set accounting – semua laporan dalam satu sistem
Dulu Kena Guna Dua Sistem Berasingan – Kini Tak Lagi!
💡 Gabungan NiagaPlus & NiagaPos dalam satu platform
POS & Akaun Disatukan

Tak perlu guna dua sistem berbeza. Semua jualan dari POS terus direkod dalam akaun secara automatik.

Jimat Masa & Kurang Kesilapan

Tiada lagi kerja manual pindah data dari POS ke sistem akaun. Semua transaksi selaras dalam satu tempat.

Ingin naik taraf bisnes anda dengan NiagaPlus+Pos?
Whatsapp Team Kami Sekarang!
Adakah Bisnes Anda Sesuai Menggunakan NiagaPlus+Pos?
Antara bisnes yang sesuai menggunakan NiagaPlus+Pos
Makanan
Kecantikan
Kesihatan
Popcorn
Tudung
Jamu
Pelancongan
Food Delivery
Restoran
Fashion
Katering
Gadget
Peniaga Mikro
Ejen Stokis
Butik Pakaian
Dan lain-lain
Nikmati Penjimatan Eksklusif untuk NiagaPlus+Pos
Semua fungsi lengkap untuk pengurusan jualan & kewangan – dengan harga lebih rendah!
Sekarang hanya
RM 597 / tahun 🎉
3 ID Pengguna Sistem Akaun Plus
  (Pemilik, Admin, Sales)
Cashbook & Baucar Pembayaran
Laporan Aliran Tunai & Untung Rugi
Invois Jualan & Sebut Harga
Unlimited Storage bagi Inventori, Pelanggan, Pembekal
Bank Rekonsiliasi & Legar
Laporan Aging
Laporan Akaun Akhir
e-Filing Cukai
1 ID Pengguna Aplikasi Pos
Rekod sale di mobile phone seperti POS
Cetak resit terus dengan printer Bluetooth
Beri akses kepada staf tanpa ganggu data akaun utama.
Tingkatkan Pelan Anda dengan Add-On

Sesuaikan pelan anda dengan pilihan add-on fleksibel yang memenuhi keperluan perniagaan anda.

User Tambahan

Tambah pengguna tambahan untuk memastikan setiap ahli pasukan boleh mengakses sistem dengan mudah dan efisien.

RM 100 / User / Tahun

Fungsi SST
Uruskan dan laporkan cukai SST secara automatik dengan mudah, efisien, dan patuh peraturan ditetapkan.

RM 200 / Tahun

Fungsi e-Invoice
Hantar invois elektronik yang sah dengan cepat dan mudah, bantu perniagaan anda berjalan lebih lancar dan teratur.

RM 200 / Tahun

*Untuk menambah add-on, sila hubungi Sales Team kami untuk mendapatkan bantuan lanjut di sini.

*Harga tidak termasuk SST

Gunakan Di Mana Sahaja

Fungsi E-Invois Tersedia
RM 200 Percuma
NiagaPlus meningkatkan kecekapan kakitangan dengan operasi automatik, sesuai untuk perniagaan sederhana
Hantar invois elektronik yang sah dengan cepat dan mudah, bantu perniagaan anda berjalan lebih lancar dan teratur.
Tukarkan perniagaan anda kepada sistem e-invois yang lebih mudah dan efisien dengan NiagaPlus.
RM 200 Percuma
NiagaPlus meningkatkan kecekapan kakitangan dengan operasi automatik, sesuai untuk perniagaan sederhana
Hantar invois elektronik yang sah dengan cepat dan mudah, bantu perniagaan anda berjalan lebih lancar dan teratur.
Kami Sedia Menjawab Segala Persoalan Anda.
1. Jika saya buat jualan di NiagaPos, adakah stok akan ditolak dari NiagaPlus juga?

Ya, stok akan ditolak. Namun, paparan pergerakan stok perlu dipantau melalui sistem NiagaPlus. Aplikasi NiagaPos hanya untuk merekod transaksi jualan sahaja.

2. Jika saya kemas kini sesuatu dalam NiagaPlus, adakah ia akan dikemas kini secara automatik dalam NiagaPos juga?
Data jualan yang direkodkan dalam NiagaPos akan dipaparkan dalam kedua-dua NiagaPos dan NiagaPlus. Namun, data yang direkodkan dalam NiagaPlus tidak akan dipaparkan dalam NiagaPos.
3. Jika saya ingin masukkan nama pembekal, lebih baik saya guna NiagaPlus? NiagaPos hanya untuk operasi harian sahaja, betul?
Ya, boleh gunakan NiagaPlus untuk kemaskini maklumat yang lebih advanced. NiagaPos digunakan terutamanya untuk merekod transaksi jualan harian.
4. Data yang saya masukkan dalam NiagaPos akan masuk secara automatik ke dalam NiagaPlus?
Betul, data tersebut akan dipaparkan dalam NiagaPlus sebagai Retail Sale.
5. Saya ada 4 ID dalam NiagaPlus. Bolehkah saya guna ID yang sama untuk NiagaPos?
Ya, kedua-dua sistem boleh menggunakan ID yang sama.
6. Jika saya log masuk ke NiagaPlus, adakah saya akan terkeluar dari NiagaPos?
Ya, log masuk ke NiagaPlus akan menyebabkan anda terkeluar secara automatik dari NiagaPos.
7. Saya sudah guna NiagaPlus/ NiagaPos, bagaimana untuk upgrade ke NiagaPlusPos?
Anda boleh hubungi team support kami, dan kami akan bantu anda upgrade ke NiagaPlusPos.
8. Saya ada lebih dari satu cawangan. Adakah NiagaPlusPos sesuai untuk bisnes saya?
Ya! NiagaPlusPos sangat sesuai untuk bisnes dengan banyak cawangan kerana semua jualan dari setiap cawangan akan direkod dalam NiagaPlus (akaun user business owner). Anda boleh pantau jualan & prestasi secara real-time.
9. Adakah saya perlu pasang software/ machine untuk NiagaPlusPos?
Tidak perlu, untuk gunakan NiagaPlus, anda mesti pakai internet, dan boleh akses sistem di mana-mana sahaja menggunakan laptop, tablet, atau phone.