Belanja Terdahulu adalah perbelanjaan yang akan datang tetapi dibayar lebih awal daripada bulan yang sepatutnya.
Contoh: Bil Elektrik untuk bulan Julai 2024 telah dibayar lebih awal pada bulan Mei 2024.
Perbelanjaan ini perlu direkod dengan cara yang betul untuk memastikan kewangan syarikat direkodkan dengan tepat.
Sebelum membuat rekod pembayaran, anda perlu membuat atau mengubah lejar khusus untuk belanja terdahulu. Contohnya, lejar untuk Bil Elektrik Terdahulu (kategori: Aset Semasa). Ikuti langkah berikut:
1. Rujuk panduan berikut untuk menambah lejar: Cara Tambah Lejar Baru
2. Pastikan kategori lejar adalah Aset Semasa.
1. Masuk ke Menu Perakaunan.
2. Klik pada Buku Tunai.
3. Klik + Baru di bahagian Kredit - Duit Keluar.
4. Pilih Tarikh Bayaran (contoh: bulan Mei 2024).
5. Isi butiran transaksi.
6. Pilih Lejar - Bil Elektrik Terdahulu (Aset Semasa).
7. Klik Simpan.
1. Masuk ke Menu Perakaunan.
2. Klik pada Entri Lejar.
3. Klik + Baru
4. Pilih Tarikh bil tersebut (contoh: Julai 2024)
5. Isi maklumat berikut dalam lejar:
- Debit: Electric, Water, Utility (Expense)
- Credit: Bil Elektrik Terdahulu (Aset Semasa)
6. Klik Simpan.
- Dengan merekod perbelanjaan ini sebagai Aset Semasa, anda memastikan belanja tersebut hanya diiktiraf pada bulan yang sepatutnya.
- Langkah ini membantu mengekalkan ketepatan laporan kewangan dan mengelakkan pertindihan rekod pendapatan atau perbelanjaan.