Untuk mengetahui jumlah jualan pada hari tertentu, pilihan anda bergantung kepada keperluan syarikat anda. Berikut adalah dua kaedah untuk memeriksa data jualan:
Digunakan apabila ingin mengetahui jumlah wang yang diterima pada hari tersebut, termasuk pembayaran lain selain daripada jualan.
Langkah-langkah:
1. Pergi ke Menu Perakaunan.
2. Klik Buku Tunai.
3. Pilih Tarikh jualan yang ingin disemak.
4. Sistem akan memaparkan Total Duit Masuk berdasarkan tarikh yang dipilih.
- Data di Buku Tunai merangkumi semua transaksi duit masuk (seperti bayaran deposit atau pembayaran lain), bukan semata-mata jualan.
Digunakan apabila ingin mengetahui jumlah jualan sebenar untuk hari tersebut, berdasarkan invois jualan yang telah direkodkan.
Langkah-langkah:
1. Pergi ke Menu Jualan.
2. Klik Invois Jualan.
3. Pilih Tarikh untuk hari yang ingin diperiksa.
4. Sistem akan memaparkan semua Invois Jualan yang direkodkan pada hari tersebut.
5. Jumlah keseluruhan Sales telah dikira secara automatik oleh sistem sebagai Pendapatan (Income) syarikat.
- Kaedah ini sesuai jika semua jualan direkodkan melalui Sales Invoice.
- Tidak termasuk wang lain yang masuk selain daripada hasil jualan.