Pelupusan aset tetap berlaku apabila syarikat menjual atau mengeluarkan aset daripada milikan. Proses ini melibatkan pelarasan lejar bergantung pada situasi sama ada syarikat mendapat keuntungan atau kerugian daripada pelupusan aset. Berikut adalah langkah-langkahnya:
Contoh:
Syarikat menjual aset tetap dengan nilai RM1,500, tetapi nilai buku aset tersebut adalah RM2,000. Syarikat mengalami kerugian RM500.
Langkah Rekod
1. Tambah Lejar Baru untuk Pelupusan Aset
- Nama lejar: Pelupusan Aset
- Kategori: Expense (Others)
- Ikuti panduan di pautan berikut:
Tambah Lejar Baru - Customize Ledger.
2. Rekod Duit Masuk Hasil Jualan Aset
- Menu Perakaunan → Buku Tunai → +Baru pada Debit - Duit Masuk.
- Lejar: Pilih Aset Tetap yang terlibat.
- Masukkan jumlah jualan aset (contoh: RM1,500).
- Klik Simpan.
3. Buat Pelarasan Lejar untuk Kerugian
- Menu Perakaunan → Entri Lejar → +Baru.
- Tarikh: Sama dengan tarikh jualan aset.
- Butiran: Jual Aset.
- Debit: Pilih Pelupusan Aset (Expense).
- Credit: Pilih Aset Tetap (Fixed Asset) dengan jumlah nilai buku aset (contoh: RM2,000).
- Klik Simpan.
Contoh:
Syarikat menjual aset tetap dengan nilai RM3,000, tetapi nilai buku aset tersebut adalah RM2,000. Syarikat mendapat keuntungan RM1,000.
Langkah Rekod
1. Tambah Lejar Baru untuk Untung Jualan Aset
- Nama lejar: Untung Jual Aset.
- Kategori: Pendapatan.
- Ikuti panduan di pautan berikut:
Tambah Lejar Baru - Customize Ledger.
2. Rekod Duit Masuk Hasil Jualan Aset
- Menu Perakaunan → Buku Tunai → +Baru pada Debit - Duit Masuk.
- Lejar: Pilih Aset Tetap yang terlibat.
- Masukkan jumlah jualan aset (contoh: RM3,000).
- Klik Simpan.
3. Buat Pelarasan Lejar untuk Keuntungan
- Menu Perakaunan → Entri Lejar → +Baru.
- Tarikh: Sama dengan tarikh jualan aset.
- Butiran: Jual Aset.
- Amount: Masukkan jumlah keuntungan (contoh: RM1,000).
- Debit: Pilih Fixed Asset dengan jumlah nilai buku aset (contoh: RM2,000).
- Credit: Pilih Untung Jual Aset (Pendapatan) dengan jumlah keuntungan (contoh: RM1,000).
- Klik Simpan.
- Pastikan kategori lejar ditetapkan dengan betul untuk Aset Tetap, Pelupusan Aset (Expense), dan Untung Jual Aset (Pendapatan).
- Semak nilai buku aset sebelum pelupusan untuk memastikan rekod tepat dan sesuai dengan laporan kewangan.