Apabila perniagaan anda menerima jualan dari platform seperti Shopee, Lazada, TikTok, atau platform pihak ketiga lain, adalah penting untuk merekodkan transaksi dengan betul dalam sistem. Berikut adalah dua cara untuk melakukannya:
Jika ingin menguruskan inventori, pastikan anda merekod jualan melalui invois jualan.
Langkah-langkah
1. Tambah Sumber (Contoh: Shopee)
- Ikuti panduan di pautan berikut:
Cara Tambah Sumber - Bank/Tunai.
2. Tambah Lejar Baru
- Tambahkan lejar baru di bawah kategori COGS (Cost of Goods Sold).
- Panduan:
Tambah Ledger Baru - Customize Ledger.
3. Rekod Jualan dalam Invois Jualan
- Pergi ke Menu Jualan.
- Klik Invois Jualan dan pilih +Baru.
- Masukkan butiran jualan seperti di platform (produk, kuantiti, harga, dan lain-lain).
- Klik Simpan.
4. Rekod Pembayaran Pelanggan
- Klik Resit Invois pada invois berkaitan.
- Pilih Bank/Tunai (contoh: Shopee).
- Masukkan jumlah bayaran pelanggan dan klik Simpan.
5. Rekod Pemindahan Wang ke Akaun Bank
Apabila Shopee atau platform lain memindahkan jumlah bersih ke akaun bank syarikat:
- Pergi ke Menu Perakaunan.
- Klik Buku Tunai dan pilih butang Pindahan.
- Panduan:
Cara Pindahkan Duit Tunai Ke Dalam Bank (Contra)
6. Rekod Caj Platform (Contoh: Caj Shopee)
- Pergi ke Belian > Perbelanjaan Baru.
- Pilih Bank/Cash - Shopee.
- Pilih Ledger - Caj Shopee (COGS).
- Masukkan jumlah caj dan klik Simpan.
Jika inventori tidak diperlukan, anda boleh terus merekod transaksi apabila duit dari platform masuk ke akaun bank syarikat.
Langkah-langkah
1. Pergi ke Menu Jualan.
2. Klik Jualan Harian dan pilih +Baru.
3. Masukkan maklumat berikut:
- Tarikh: Tarikh duit diterima dalam akaun bank.
- Butiran: Masukkan deskripsi jualan (contoh: Shopee Sale).
- Bank/Tunai: Pilih Bank.
- Amaun: Jumlah duit diterima.
- Lejar: Pilih atau custom lejar di bawah kategori Pendapatan (Income).
5. Klik Simpan.
- Caj Platform Online: Pastikan caj seperti caj transaksi Shopee atau TikTok direkodkan di lejar yang sesuai (contoh: Caj Shopee).
- Rekod Inventori: Gunakan Cara 1 jika perniagaan memerlukan kawalan terhadap stok.
- Rekod Pendapatan: Gunakan Cara 2 jika fokus hanya pada duit masuk ke bank tanpa pengurusan stok.