Kepada pelanggan yang dihormati,
Kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada Niagawan. Baru-baru ini, pelanggan dari pelan Basic (v1) dan Plus (v2) telah menikmati naik taraf percuma ke Plus 3 (v3).
Dengan naik taraf ini, anda telah menikmati ciri tambahan seperti fungsi e-Invois yang membolehkan pengesahan invois kepada LHDN dengan lebih lancar — tanpa kos tambahan.
Pembaharuan Akaun pada Harga Baru
Kami ingin memaklumkan bahawa naik taraf percuma ini hanya diberikan untuk tempoh tertentu. Bermula 1 Januari 2025, pembaharuan akaun akan dikenakan harga baru berdasarkan pelan terkini.
Harga ini mencerminkan nilai tambah dan manfaat ciri seperti e-Invois, yang bukan sahaja mempercepatkan operasi seharian tetapi juga memenuhi keperluan pematuhan digital terkini oleh LHDN.
Kenapa Anda Perlu Teruskan?
1. Fungsi e-Invois yang Bernilai Tinggi:
Memudahkan pengurusan invois dan menjimatkan masa, dan sekaligus memenuhi keperluan pematuhan LHDN secara automatik.
2. Penyelenggaraan Sistem Berterusan:
Penyelenggaraan sistem v3 memastikan anda sentiasa menikmati kemas kini terkini dan pengalaman pengguna yang lancar.
3. Pelaburan Terbaik untuk Bisnes Anda:
Harga baru ini memastikan inovasi berterusan dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk bisnes anda.
Pilihan untuk Kembali ke Pelan Sebelumnya
Kami memahami bahawa setiap bisnes mempunyai keperluan yang berbeza. Jika anda ingin kembali ke pelan Basic (v1) atau Plus (v2), sila hubungi support team kami. Pasukan kami sedia membantu anda membuat keputusan terbaik untuk bisnes anda.
Kami komited untuk terus menyokong perjalanan kejayaan bisnes anda dan memastikan anda menikmati kelebihan teknologi terkini melalui Niagawan.
Terima kasih atas kepercayaan anda kepada kami.
Yang ikhlas,
Team Niagawan